100+ LESSON DALAM MASA 4 BULAN

By Mierayusof - Sunday, April 25, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak kongsikan detik bersejarah ni. Sejak aku menjadi cikgu freelancer di Italki. Dah 100 lessons aku ajar kat pelajar aku.

Purata setiap bulan 30+- kelas. Mula-mula tu agak tak sangka juga lah ramai juga yang nak belajar bahasa Melayu sebab walaupun cikgu tak ramai tapi ada cikgu yang dah ajar beratus-ratus kelas.

Aku ni bawang kecil jer. Pengalaman takde, bahan mengajar pun buat sendiri. Tapi takdelah sampai ajar ajaran s4s4t kat pelajar aku sebab aku ajar benda basic je macam nombor, arah, warna etc. Ala benda yang kita belajar masa mula-mula masuk sekolah tu.

Sebab pelajar aku pon ramai je yang zero langsung bahasa melayu. Bukan sebab dorang tak belajar bahasa melayu ye tapi sebab dorang ni orang asing a.k.a foreigner.

Jadi cikgu ni betul-betul membantu aku untuk speaking tau dan sangat meningkatkan keyakinan aku untuk speaking. Kalau dulu, aku nak speaking spontan ni, memang kelaut lah, otak blank tak tahu nak cakap macamana, belum termasuk grammar yang tetiba blackout, was were am are semua kelaut. Lagi lagi part do did done have has ape semua tu yess aku kelaut semuanya kalau aku tak mengajar ni.

Sekarang ni, siap boleh bercerita lagi in english. 

Rasanya itu jer. Aku pos ni sebab nak buat memori je kat blog ni. 


ni  antara feedback students aku. Semua suka dengan apa yang aku ajar.

Terima kasih!


Kalau pandai, cari la akaun aku di Italki tu. Dah jumpa tu jangan lupa share. Jangan komen apa-apa pasal video aku tu tau sebab video tu aku buat masa aku kekok speaking lagi. 




  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^