RESEPI AIR CHA BANG ANG KHAIRUL AMING STYLE

By Mierayusof - Friday, April 16, 2021

Assalamualaikum semua.


Aku nak kongsikan resepi berbuka yang dikongsi oleh Khairul Amin. Kredit resepi dan gambar sepenuhnya daripada video Khairul Amin. Sis minta izin kongsikan disini ya. 




RESEPI AIR CHA BANG ANG KHAIRUL AMING STYLE 

Bahan-bahan  yang diperlukan:
-Setengah cawan gula merah
- Secawan air
- Setin susu cair
- Setin susu segar - susu freshmilk tu korang letak dalam tin susu cair tu nanti dapatlah sukatan setin susu freshmilk). 
- 3 sudu makan susu pekat manis
- Cincau 
- Biji selasih 
- Semangkuk ais


Cara-cara membuatnya: 

1. Panaskan gula merah + air sehingga mendidih, dah didih tu letak dalam bekas/mangkuk
2. Tambah setin susu cair dan setin susu freshmilk
3. Tambah 3 sudu susu pekat manis
4. Sediakan 1 mangkuk berisi ais
5. Tuang air gula merah yang dah dipanaskan tadi(no1)
6. Masukkan cincau dan biji selasih
7. Tuangkan adunan susu yang dibancuh tadi(no2)

Dah siap. Selamat mencuba. 

Link resepi asal: KLIK SINI

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^