Friday, 16 April 2021

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU KHAIRULAMING STYLE

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU KHAIRULAMING STYLE

Bahan-bahan  yang diperlukan:
Ikan siakap, serai, halia, daun limau purut, kiub pati ayam, gula melaka, bawang putih, cili api, sos ikan, limau nipis, daun ketumbar. 

Cara-cara membuatnya: 

KUKUS IKAN SIAKAP
1. Kelar ikan siakap, titik 3 batang serai, 1 inchi halia  dan 2 daun limau purut. 
2. Letak serai, halia dan daun limau tadi dalam perut ikan siakap tu elok-elok, kukus 10-15 minit.

BUAT KUAH IKAN 
1. Letak 1-2 cawan air, 1 kiub pati ayam, 2 sudu gula melaka. gaul sebati.
2. Bila dah sejuk sikit kuah tu, letak 7 ulas bawang putih, 5 biji cili api, 2 sudu sos ikan, jus perahan 3 biji limau nipis, dan daun ketumbar. Gaul sebati.
3. Dah siap tu, tuang atas ikan yang telah siap dikukus. 
4. Kukus semula 3-5 minit.



Dah siap. Selamat mencuba. 

Link resepi asal: KLIK SINI





Untuk ketahui lebih banyak resepi yang dikongsi oleh Khairulaming, klik je 'KHAIRULAMING' yang berada di atas tajuk post ni. 


p/s: Segala isi kandungan post ni dikreditkan kepada empunya video iaitu Khairul Aming. 

Jika empunya badan terlihat post ni, sis minta izin dan minta halal untuk share ye.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^