RESEPI PUDING GULA HANGUS KHAIRULAMING STYLE

By Mierayusof - Friday, April 16, 2021

Hai, 

Aku nak kongsikan resepi berbuka puasa oleh Bro Malaya kita iaitu Khairul Amin.

RESEPI PUDING GULA HANGUS KHAIRULAMING STYLE

Bahan-bahan  yang diperlukan:
Gula putih, telur, susu cair, susu pekat, esen vanilla, 

Cara-cara membuatnya: 
1. Kena buat lapisan bawah dulu, cairkan 4 sudu besar gula putih, agak2 dah cair dan nak berbuih tu. Padamkan api, letak air panas sikit dan kacau-kacau sebati. letak dalam loyang yang nak kukus. kena buat dengan pantas ye kalau tak gula tu mengeras. 
2. Satukan setin cucu cair, 4-5 biji telur (ikut saiz, kalau kecil guna la 5), 3 sudu makan susu pekat, 1 sudu kecil esen vanila. gaul sebati guna whisker. dah siap tuang dalam loyang.
3. Kukus 30-40 minit sehingga masak. 

Tips: untuk kurangkan rasa hanyir telur tu, buang bahagian 'uri' telur tu. yang warna putih pekat dan bentuk macam 'uri.




Dah siap. Selamat mencuba. 

Link resepi asal: KLIK SINI


Untuk ketahui lebih banyak resepi yang dikongsi oleh Khairulaming, klik je 'KHAIRULAMING' yang berada di atas tajuk post ni. 


p/s: Segala isi kandungan post ni dikreditkan kepada empunya video iaitu Khairul Aming. 

Jika empunya badan terlihat post ni, sis minta izin dan minta halal untuk share ye.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^