SHO

TIPS JAWAB EXAM SHO

By Mierayusof - Friday, April 09, 2021

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah 5-6 April yang lalu aku telah selamat menduduki peperiksaan kertas 1,2 dan 3 Safety Health Officer.

Persediaan yang aku lakukan untuk menghadapi peperiksaan ini adalah 30 hari a.k.a satu bulan aku study tapi takdelah 24 jam sebab aku ada kelas lain juga. 

Sebab hari terakhir aku tamat kelas SHO pada 3 Mac. Lepas tu memang aku pulun study. Banyak wei nak kena study untuk 3 kertas ni sebab kena study semua modul.

Aku bukanlah seorang yang pantas menghafal jadi sudah tentu aku tak baca semua pun.

Jadi ape yang aku buat?

Ni aku nak kongsikan,

Masa kelas haritu, cikgu aku ada sebut seksyen-seksyen yang penting dalam OSHA so aku memang baca yang tu je untuk modul 2, yang lain-lain tu aku study based on latihan yang aku buat.

Aku akan kongsikan tips-tip seterusnya dibawah. teruskan membaca. 


Oh ye, aku ambil exam ni di NIOSH Bangi, aku takde kawan pun untuk ambil exam ni. memang sorang-sorang je. So mak aku la teman pergi bangi. Siap checkin lagi sebab exam pkul 9am, takut rushing plak nak keluar rumah, nak sarapan. Tambah plak aku memang jenis selalu sakit perut klau ada event2 yang mendebarkan.

So, hari ahad tu aku dan mak dah checkin di hotel yang paling dekat dengan NIOSH Bangi, jalan kaki jer. Yer memang aku jalan kaki dari hotel ke NIOSH tu.

Ok, sekarang aku nak cerita sikit pasal format exam. penting tau ni supaya takdelah korang terkejut nanti. 

KERTAS 1 - 9AM-12PM

Biasanya kertas 1 ni dibuat pada hari ISNIN.

Topik yang masuk adalah MODUL 1 DAN MODUL 2.

Yuran : RM250

Ada 2 seksyen:

SEKSYEN 1  | BAHAGIAN 1 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan: Objektif/MCQ  - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 20

SEKSYEN 1| BAHAGIAN 2 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan : Short answer - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 10 


SEKSYEN 2 | ESSAY | 2 JAM | 60 MARKAH
Soalan 1 dan 2 wajib jawab. Soalan 3-6, JANGAN jawab semua. Pilih 2 je. contoh soalan 3 dan 4. 
Nanti kalian akan dapat 4 buku jawapan, 1 SOALAN 1 BUKU. 


KERTAS 2 - 9AM - 12PM 

Biasanya kertas 1 ni dibuat pada hari SELASA.

Topik yang masuk adalah MODUL 3 DAN MODUL 4.

Yuran : RM250

Ada 2 seksyen:

SEKSYEN 1  | BAHAGIAN 1 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan: Objektif/MCQ  - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 20

SEKSYEN 1| BAHAGIAN 2 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan : Short answer - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 10 


SEKSYEN 2 | ESSAY | 2 JAM | 60 MARKAH
Soalan 1 dan 2 wajib jawab. Soalan 3-6, JANGAN jawab semua. Pilih 2 je. contoh soalan 3 dan 4. 
Nanti kalian akan dapat 4 buku jawapan, 1 SOALAN 1 BUKU.


KERTAS 3 | SKILL STATION | 60 MINIT

Biasanya dilakukan petang selasa Jam 2.30pm-3.30pm iaitu selepas kertas 2

Format terbaru untuk kertas 3 ni ialah korang akan duduk dalam dewan sama macam kertas 1 dan 2. Dorang akan pasang slide untuk setiap soalan dan korang kena jawab lah ikut masa yang ditetapkan.

Untuk soalan SDS, nanti akan diberi SDS sebelum exam. dan akan dikutip sejurus selesai soalan pasal SDS.

Buku OSHA dan FMA korang kena BAWA SENDIRI tau. Tak disediakan. Nasiblah klau korang terlupa.

Masa aku haritu, guna buku OSHA je, buku FMA tak pakai.

TIPS: kalau rasa diri tu rabun tapi degil tak nak pakai spec. SILA DUDUK DEPAN. Jangan gatal nak duduk belakang ke tepi sekali ke sebab nanti naya kat diri korang juga nak tengok slide tak nampak. Lepas tu sibuk nak panggil orang yang jaga exam tu untuk terangkan, tu tahan lagi, ni ada yang tanya kawan sebelah. Menggangu tau. 




BEZA KERTAS 1 DAN KERTAS 2 EXAM SHO?

Beza antara kertas 1 dan kertas 2 ni adalah MODUL. kertas 1 soalannya pasal modul 1 dan 2, Kertas 2 plak pasal modul 3 dan 4.

APA DIA MODUL 1,2,3,4 ni?
Kalau korang dah ambil kursus ni korang tahu la maksud modul ni.




TIPS STUDY EXAM SHO

Ni bukan tips untuk lulus tau, ni tips ni daripada cikgu aku. Tips untuk lulus aku kena buat post khas. 

1. TERRER SEKURANGNYA 2 MODUL
Korang kena ada target nak terer bahagian mana. Contoh antara modul 1 dan 2,korang mesti terer salah satu daripada modul ni. Sebab tu akan membantu korang untuk dapat minimum 50 markah.

2. JANGAN STUDY SEMUA
Banyak giler wei nak study semua, iye aku tahu korang nak lulus exam ni tapi tak perlu study semua. Ikut step 1.

3. STUDY SOALAN PAST YEAR
Solusi kepada jangan study semua tadi ialah study soalan past year sebab soalan dia berulang je. Tak percaya? Korang ambil exam lepas tu habaq mai kat aku berulang ke tak. Sebab mengikut pengalaman aku, soalan exam tu berulang, sebab aku dah pernah jumpa. 

4. BACA BENDA-BENDA YANG CIKGU SELALU ULANG MASA KELAS
Lagi-lagi kalau cikgu tu adalah penanda kertas exam, memang dia akan secara tak langsung akan kongsikan tips-tips. Jadi, masa tu lah korang catit semua tips tu. Itu pentingnya fokus masa kelas. hehe. 


Rasanya tu je. Kalau ada nak tambah, dipersilakan.

Ini pendapat peribadi aku la, aku rasa, kalau korang dah ada pengalaman kerja in safety kan, ia tak akan sesusah orang yang takde pengalaman macam aku. TAPI, jangan sesekali ambil mudah pulak. Disebabkan korang(yang dah ada pengalaman) ni ambil mudah, sebab tu korang pun ada potensi untuk gagal. Apa-pun sentiasalah merendah diri dan baca lah nota dan past year. hehe Itu je lah.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^