Sunday, 30 May 2021

MAKANAN KEGEMARAN KUCING DOMESTIK MALAYSIA

Assalamualaikum semua.

Maaf lah topik macam gempak je tapi sebenarnya aku nak kongsikan makanan kegemaran kucingku yang merangkap kucing domestik. Bukan kucing import.

SHAH ALAM DAERAH MANA?

Shah Alam daerah petaling. 

Saturday, 22 May 2021

TOP 10 SYARIKAT PHARMACEUTICAL 2021

Assalamualaikum semua.


1. Johnson & Johnson 

2. Pfizer

3. Roshe

4. Merck & Co

5. Novartis

6. AbbVie

7. Amgen

8. Abbot

9.Elli, lili & Co

10. Novo Nordisk

Sumber: Besttoppers

Thursday, 20 May 2021

BIDANG BIOTEKNOLOGI DI MALAYSIA

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan bidang-bidang yang berkaitan dengan bioteknologi supaya rakyat Malaysia tidak memandang rendah akan bidang ini.

Jika bidang bioteknologi ni tak ada, maka tidak wujudlah vaksin, insulin dll. Ya, semua tu bukan dihasilkan oleh ahli farmasi atau doktor tetapi dihasilkan daripada seorang yang berkelulusan BIOTEKNOLOGI.

Jika bidang bioteknologi tiada, maka tidak wujudlah istilah 'genetically modified organism', 'In vitro fertilization' dan banyak lagi. 

BIDANG-BIDANG BIOTEKNOLOGI:

1) Microbiology

2) Molecular biology

3) Biochemistry

4) Enzymology

5) Proteomics

6) Bioinformatics

7) Biostatistics

8) Environmental Biotechnology

9) Food Biotechnology

10) Marine Biotechnology

11) Bioprocess

12) Pharmaceutics

13) Plants/agriculture Biotechnology

14) Pharmacology

15) Structural Biology

16) Cell biology

17) Immunology

18) Genetic engineering/technology

19) Gene therapies 

Dan banyak lagi...


Dan skop kerja bukan sahaja dalam bidang diatas ni malah ia lebih luas merangkumi sales, marketing, business development, quality control, quality insurance dan banyak lagi.

Semoga membantu! 




Tuesday, 18 May 2021

INTERNSHIP FOR BIOTECH STUDENTS IN MALAYSIA 2021

Hi all. Firstly, I am sorry because only the tittle is in English but the content is in Malay. If you dont understand Malay, you can use Google translate or ask your Malay friend to translate it for you. OK?


Hai semula!

Ok, tahniah kepada adik-adik yang bakal menjalani latihan industri/internship tak lama lagi.

Tengah cari tempat intern?

Tak tahu nak intern kat mana?

Nak cari tempat intern yang ada elaun?


Pertama sekali, skop kerja biotech ni sangat luas tau. Jadi, tempat intern anda bukan sahaja di research centre atau makmal tapi lebih daripada tu.

Jika di universiti anda ada concentration course, contohnya di UIA, pada tahun ke-3, kami perlu pilih sama ada nak ambil Environmental Biotech atau Food Biotech.

Ada orang, dia nak intern dekat tempat yang berkait dengan concentration course yang dia ambil. Ada orang dia nak intern dekat tempat yang lawan dengan concentration course yang dia ambil.

Anda yang mana?

BACA >> BIDANG KERJA UNTUK LEPASAN BACHELOR OF BIOTECHNOLOGY
p/s: inilah jawapan kepada tajuk post ni. 

Dah baca link yang saya bagi di atas? Jika sudah baca, itulah skop kerja yang anda boleh kerja untuk intern.

Contohnya jika anda minat Environmental related. Anda boleh cari tempat intern yang namanya 'ENVIRONMENTAL CONSULTANT' di Google search. Contohnya Environmental Technology Research Centre(SIRIM). 

Walaupun namanya perunding(consultant) tetapi bukanlah consultant seperti perunding hartanah. Antara servis yang disediakan oleh syarikat sebegini ialah khidmat sampling dan monitoring, water analysis, soil analysis, indoor air analysis, microbial laboratory analysis, environmental, waste water engineering, environmental impact assestment. Semua ni ada kaitannya juga dengan biotech ya.

NOTA: Jika anda ada minat yang mendalam dalam environmental dan ingin menceburi bidang ini setelah tamat belajar, anda boleh mengambil sijil profesional seperti dibawah:

Sebenarnya ada banyak lagi, boleh tengok di website DOE. 


Jika anda ada minat dalam lab atau sebagainya tetapi tidak pasti syarikat yang mana, boleh tanya sis. Tetapi pastikan anda kena propose syarikat tu kat sis dulu untuk minta pendapat, bukan sis yang tolong carikan untuk anda. Banyak cantik. 


CIRI-CIRI TEMPAT INTERN YANG BAGUS

1) JOBSCOPE

Diberitahu dengan jelas jobscope kerja. Biasanya dekat borang reply internship tu ada ruang untuk majikan tulis jobscope. Bukan apa, kalau tak diberitahu jobscope ni, risau kang bila anda dah mula intern, rupanya kena buat kerja bahagian admin atau HR. Ada yang kena uli tepung untuk yang intern di kilang, padahal datang dengan harapan akan diberi tugas sebagai Quality assurance.

2) ELAUN

Please, say no to UNPAID INTERNSHIP! Ada majikan yang cakap, kami dah beritahu student yang kami tak provide elaun tapi student tu willing je. Sebenarnya anda telah exploitasi 100%, majikan hanya menggunakan DESPERATE anda untuk kepentingan mereka. Mustahillah syarikat takde duit nak bayar even 1 sen. Dah buat bisness mesti ada untung, kalau takde untung kenapa nak kena hire staff walaupun intern? Ye dok? Lagi 1, student intern bukannya minta gaji minimum RM1,200 tu. Elaun je kut, RM10 sehari lepas makan minum or kos transport pun jadi la. 

Akak, saya dah minta banyak tempat intern yang ada elaun tapi satu pun tak dapat. Sebab tu saya terima je tempat yang takde elaun. 

Meh nak tanya banyak tu berapa banyak? 5? 10? 30? 50? Kalau baru minta 5-10 tu, please jangan cepat putus asa. Banyakkan berdoa semoga ada rezeki anda untuk dapat tempat intern dengan elaun. 

PLOT TWIST

Anda masih boleh intern di tempat yang takde elaun dengan syarat syarikat tu GLC atau MNC. Walaupun anda kerja 8 jam sehari x 3 bulan secara sukarela, sekurangnya bila anda mohon kerja nanti, anda boleh 'ungkit' dengan bangganya anda intern disitu.

3) GLC ATAU MNC

GLC ialah Govermet-Linked company iaitu syarikat swasta yang ada hubungan dengan kerajaan contohnya SIRIM, TM, MAS, TNB, POSLAJU etc. 

MNC pula ialah Multinational company iaitu syarikat swasta yang ada branch di luar negara. Atau HQ nya diluar negara dan dia ada branch di Malaysia.

GLC dan MNC ni majoritinya ada reputasi yang bagus, kewangan yang mantap Tapi tak smua sanggup melabur untuk membayar student intern.

Walakin begitu, jika anda intern di syarikat seperti ini, seperti yang saya katakan tadi. Anda boleh ungkit dengan bangganya semasa interview kerja yang anda pernah buat latihan industri disini. 

BACA>> PASTIKAN MINTA DUA PERKARA NI DARIPADA SUPERVISOR SELEPAS SELESAI INTERNSHIP

Jika anda rasa artikel ni membantu, sila kongsikan kepada sahabat yang lain. Jika ada cadangan, penambah baikan atau perkongsian, jangan segan silu untuk kongsikan. Identiti anda dirahsiakan.  


Saturday, 15 May 2021

BIDANG KERJA UNTUK LEPASAN DEGREE BIOTECHNOLOGY

Assalamualaikum semua.

Anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang Bioteknologi?

Untuk yang tak berapa familiar dengan Bioteknologi ni, 

Berdasarkan namanya BIO + TEKNOLOGI = BIOLOGI + TEKNOLOGI. 

Ia adalah bidang biologi yang luas, yang melibatkan penggunaan benda hidup seperti bakteria, virus, cell  dan teknologi.

Contoh terkini adalah VAKSIN! Untuk menghasilkan vaksin, memerlukan dua benda penting iaitu BIOLOGI dan TEKNOLOGI. Saintis buat ujikaji mestilah gunakan instrumen(baca:teknologi) terkini. Instrumen tersebut adalah salah satu teknologi. Dan subjek produk tersebut dihasilkan daripada 'benda hidup' iaitu biologi. p/s: ini bahasa mudahnya sahaja. 

Sebenarnya banyak lagi contoh lain, Bioteknologi ni terlalu luas bidangnya tau, malah setanding dengan Engineering. Apa-apa teknologi yang ada digunakan benda hidup dalam tu, maka ia dipanggil BIOTEKNOLOGI.

Jadi, peluang kerja ni sudah tentulah luas sampai kadang-kadang kita tak sedar yang kita boleh kerja dalam bahagian tersebut. Ini kerana nama jawatan tersebut tidak ada perkataan 'biotechnology'.

Seperti pekerjaan engineering contohnya, kalau bidang electrical, nama pekerjaannnya dipanggil electrical engineering. Tetapi dalam bidang biotechnology, jika pekerjaan microbiologist, nama pekerjaannya bukanlah microbiology biotechnology. 

Ada yang cakap, oh belajar bioteknologi maksudnya nanti kerja kat lab lah ye? Takde kerja lain?

Anda 100% salah ya. Bidang kerja bukan sekadar kerja di makmal je tau tetapi lebih luas. Kerja di makmal tu maksudnya industri diagnostic & analytical service dan RnD. 

Sebelum terlupa,bioteknologi dan pharmaceutical sangat berkait ya, maksudnya anda juga boleh bekerja di syarikat pharmaceutical seperti Johnson&Johnson, MSD, Bayer, Abbot etc. 

Seperti yang dikatakan tadi, graduan bioteknologi ini sangat bertuah kerana ada banyak industri yang mereka boleh ceburi, bukan sekadar industri Research and Development (RnD), antara industri lain ialah:
- Pharmaceutical
- Environmental
- Food
- Agriculture
-Biomedical
-Manufacturing
- Pharmaceutical
-Clinical research
- Cosmetic
- Industrial biotech
- Neutraceutical
- Veterinary
-Medical technology
- Diagnostic & Analytical service
- Drugs and delivery
- Genomics
- Therapeutics
-Digital Health
- Consulting
-Education 
- Project management 
-Sales -berkaitan biotech instrument atau servis
- Lain-lain

Jadi, sebelum anda memilih jenis pekerjaan dibawah, anda perlu pilih dahulu industri di atas yang manakah anda ingin memulakan kerjaya?

Contohnya, jika ingin kerja dalam bidang RnD, maka anda akan menuju untuk menjadi seorang saintis, anda boleh mulakan kerjaya sebagai junior scientist atau lab assistant. begitulah ceritanya. 

Dengan adanya BACHELOR OF BIOTECHNOLOGY ni, anda boleh bekerja sebagai:
p/s: jobscope sila google ya. 

1) MEDICAL LABORATORY SCIENTIST/TECHNOLOGIST (MLT)

Industri: Diagnostic & Analytical service

MLT ni tempat kerjanya di makmal diagnostic seperti di Gribbles, Pathlab, Chemlab, Gnosis, BP healthcare, hospital-hospital dan sebagainya. 


2) LAB ASSISTANT (JUNIOR SCIENTIST)

Industri: Research and Development Yang ni jika kalian suka kerja di lab, bidangnya sama seperti MLT tadi. Cuma bezanya kerja di universiti atau research center sebab anda bantu researcher dalam experiment/research mereka.

3) SALES AND MARKETING

Industri: Medical technology

Ya, graduan bioteknologi juga boleh masuk bidang sales ni tapi bukan sales macam kat mall, atau pasaraya. Tetapi sales bidang pharmaceutical atau biotechnologi seperti syarikat yang supply instrument atau produk ke medical diagnostic lab dan universiti. Biasanya mereka perlukan someone yang background sains. 

4) QUALITY CONTROL

Industri: Manufacturing

Yang ni korang boleh jadi QAQC, cek kualiti makanan ape semua. 

5)  LECTURER
Yang ni kalau korang ada minat yang mendalam untuk sambung belajar sehingga PhD dan ada minat untuk mengajar. 


6) BIOMEDICAL ENGINEER
Professional yang mencipta solusi untuk meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit seperti peralatan biomedikal, peranti dan perisian perubatan (medical software). Yang ni korang kena ambil Degree in Biotechnology Engineering ya. 

7) BIOCHEMIST
Penyelidik yang mengkaji kesan ubat-ubatan, hormon dan nutrien pada tubuh manusia.

8) MEDICAL SCIENTIST
Penyelidik yang menyiasat penyakit dan kaedah pencegahan, dan juga menyeragamkan potensi ubat  dan kaedah pembuatan dalam skala besar seperti insulin dan vaksin.

9) MICROBIOLOGIST
Professional yang mengkaji virus, bakteria dan sistem imun.

10) PROCESS DEVELOPMENT SCIENTIST
Orang yang mengawasi proses pembuatan di makmal organisasi. 

11) BIOMANUFACTURING SPECIALIST
Saintist yang menggunakan alat dan kaedah untuk menjamin bahawa produk memenuhi syarat ketat, keselamatan dan kualiti untuk proses pembuatan produk berasaskan biologi.

12) BUSINESS DEVELOPMENT MANAGERS
Professional yang membantu syarikat bioteknologi menghasilkan dan melaksanakan pertumbuhan dan strategi pelaburan.

13) PRODUCT SPECIALIST

Macam promoter lah tapi jual barang-barang medical technologi.  

Jika ada nama pekerjaan lain, aku akan update ye. 

14) REGULATORY AFFAIRS 
Disyarikat biotech atau farmaceutical

15) BIOLOGICAL TECHNICIAN

16) LABORATORY TECHNICIAN
Yang ni kalau lab berkaitan environmental. 






Thursday, 13 May 2021

CARA KE DATARAN MERDEKA GUNA PUBLIC TRANSPORT

Hai semua.

Aku nak kongsikan cara untuk ke dataran merdeka menggunakan public transport iaitu LRT.

Caranya sangat mudah.

Lokasi yang anda perlu turun adalah di LRT MASJID JAMEK.

Bila anda keluar daripada tren nanti dan punch out.


Anda akan lihat ada mini starbucks. Belok ke kiri. Lepas anda keluar dari stesen LRT tu. Dari situ, ada 2 pilihan untuk ke dataran merdeka. 

1) Sila cari bank OSBC dahulu. Ia terletak di sebelah kanan. Di seberang jalan lepas OCBC tu, anda lalu je tepi masjid tu sampailah anda jumpa 'RIVER OF LIFE', lalu kat jambatan tu. Anda jalan depan sikit, nanti anda akan nampak bangunan Sultan Abdul Samad di sebelah kiri dan diseberang jalannya adalah dataran merdeka.

2) Keluar je stesen LRT tu, belok kiri, jalan terus dan lintas ke seberang di traffic light. Kat situ anda akan nampak Mynews, yes anda dijalan yang benar. Lalu je laluan tepi tu, kadang ada orang jual-jual kat situ. Nanti anda akan nampak masjid jamek disebelah kanan. Lalu je susur sungai tu. sampailah anda nampak CBL Money transfer. Anda akan kena nampak muzium tekstil di sebelah kiri, jalan je straight nanti anda akan nampak bangunan sultan abdul samad disebelah kanan.

Jika anda tak faham, bolehlah tengok di Google map. 

Semoga membantu! Jangan sesat pula ye. 


3 BENDA PENTING ANDA PERLU MINTA SEBELUM TAMAT INTERNSHIP

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan 3 benda yang anda kena minta daripada supervisor atau tempat internship anda sebelum anda tamat intern.

Wednesday, 12 May 2021

CARA PRINT SIJIL UPSR, PMR, SPM, STPM ONLINE

Assalamualaikum semua.


Hari ni  aku nak kongsikan satu berita gembira. 

Sekarang, anda sudah boleh mencetak semula sijil-sijil PMR/PT3, SPM, STPM anda yang hilang atau rosak.

Tuesday, 11 May 2021

1st ASEAN ROBOTIC RT PCR PERTAMA DI MALAYSIA

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia,

semakin ramai mengetahui ujian yang dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti virus ini atau tidak.

Nama ujian tersebut ialah RT-PCR iaitu reverse transcription(RT) polymerase chain reaction.

Apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah aku impress dengan satu syarikat medical diagnostic ni iaitu BP Healthcare kerana mereka berjaya menggunakan robotiC RT PCR.

Kos untuk menghasilkan robotic RT PCR ni bukan sedikit ya, menelan ratusan jutaan ringgit. 

Robotic RT PCR ni mampu melakukan robotic sampling, auto extraction dan auto liquid handling dan semua ni akan mengurangkan human error (kesalahan yang dilakukan oleh manusia)







Dibawah ni pula penjelasan mengenai PCR, nak terangkan pun agak panjang dan belum tentu faham. Jadi, tengok video rasanya lebih membantu. 






KERJA PART TIME LEPAS SPM UNTUK ADIK-ADIK DI SELANGOR

Hai kepada adik-adik lepasan SPM.

Dah habis SPM ni mesti berkobar-kobar rasa nak kerja, nak ada duit sendiri kan.

Tapi, nak kerja kat mana? Kerja apa yang terima budak lepas SPM?

Monday, 10 May 2021

CARA KURANGKAN SEMUT, LIPAS DAN SERANGGA PEROSAK DENGAN MUDAH

Hai semua, 

Rumah anda ada banyak masalah semut, lipas dan serangga perosak? 

Tak tahu kat mana punca? 

Cubalah gunakan spray ni pada laluan serangga tersebut.

Memang berkesan, semut dalam rumah pun tak ada lah lepas ni. 

p/s: boleh baca review kalau ragu-ragu


Sunday, 9 May 2021

BUAT DUIT DENGAN BLOGGING

Assalamualaikum semua.

Mungkin ada diantara kalian yang telah pun buat duit dengan blog. aku ucapkan tahniah.

Aku ni walaupun dari 2009 berblogging, hujung tahun lepas baru blog aku lepas untuk buat duit.

Bukan aku tak try tapi aku tak tahu kat mana salahnya. Godek punya godek, aku rasa laa... blog aku tak lepas untuk buat duit sebab content blog aku ni.

yelah, apa yang aku tulis tahun 2009-2012 tu kebanyakannya aku main tulis je dan ada yang merepek.

Kalau tak silap aku, dia tulis aku ni melanggar something. macam etika ke ape tah.


So, dari situ aku cuba delete semua post-post aku yang merepek tu dan juga post-post yang ada perkataan tak elok, sebenarnya aku tulis perkataan tak elok tu bukan sebab aku mencarut tapi sebab isi post tu.

Lepas aku delete semua tu, aku try semula google adsense tu, alhamdulillah menjadi.

So, sejak awal tahun haritu sampai harini, aku berjaya dapat 55 sen USD!

Sikit kan? Iya memanglah, viewers aku berapa kerat je pun, nak compare dengan blogger masakan yang famous tu, memang sah-sahlah boleh buat duit, viewer dorang sehari 50k-100k. Aku 50k pun tak sampai untuk sebulan.

Apa-apa pun, aku harap blog ni dapat jadi passive income aku untuk long term. Aminn..

Terima kasih kat korang semua yang sudi baca blog aku ni. Tanpa korang, siapalah aku. 

Saturday, 8 May 2021

REVIEW BERAS PUSA KING PARBOILED 1121 CAP RAMBUTAN

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak review beras parboiled keluaran cap rambutan.

Untuk yang pertama kali dengar perkataan parboiled ni, meh aku nak cerita.

Friday, 7 May 2021

MAKSUD OYK SHO

Assalamualaikum semua.

Aku nak kongsikan maksud OYK SHO.

Kalau korang bukan dalam bidang safety atau baru terlibat, mesti korang tak tahu apa maksud OYK ni kalau tak ada yang beritahu.

Thursday, 6 May 2021

TAK DAPAT PANGGILAN INTERVIEW SEBAB RESUME TUNGGANG LANGGANG

Hai semua, 

post ni hanya sebagai untuk isi masa lapang aku untuk bercerita.

Alkisahnya aku ni kan baru habis belajar (ye tahu dah tua),

kemudian, macam biasalah lepas habis belajar mesti nak kerja kan.

Alkisahnya lagi, dari tahun lepas tau sebelum aku habis intern tu aku dah mula apply kerja, guess what? dari bulan 5 sampai hujung bulan 4 tahun ni, hampir satu tahun lah aku apply kerja. Satu panggilan interview pun aku tak dapat tau. Masa tu aku takde lah pelik sangat, sebab aku pon tak berapa desperate nak kerja lagi dalam bidang aku.

Wednesday, 5 May 2021

6 WEBSITE UNTUK KERJA SEBAGAI FREELANCER

Assalamualaikum semua.
Hari ni aku nak kongsikan 5 website untuk anda kerja sebagai freelancer. 

REVIEW DRAMA KOREA SISYPHUS 2021

Hai semua.

Hari ni aku nak review satu drama korea yang baru je tamat awal bulan haritu.

Drama ni lakonan heroin terkenal iaitu Park Shin Hye, dia ni juga heroin dalam filem The call

BACA >> REVIEW FILEM KOREA THE CALL 2020 

REVIEW DRAMA KOREA VINCENZO 2021

Assalamualaikum semua.

Siapa belum tengok drama ni dan ingin tahu berbaloi habiskan masa untuk tengok. 

Ni aku nak review ni, drama ni lakonan pelakon lelaki popular Korea iaitu Song Jong Ki, siapa yang pernah tengok The Desendents of the Sun (TDOTS) tu tahulah hero ni.

Saturday, 1 May 2021

PELAJAR TIDAK HADIR KE KELAS DI ITALKI, APA PERLU SAYA BUAT?

Hai, pelajar anda tidak menghadiri ke kelas?

Ini bermaksud kelas anda perlu ditunda!

Contohnya, kelas anda bersama pelajar jam 8pm, tetapi jam 8.15pm, pelajar anda tidak muncul-muncul sehinggalah waktu kelas berakhir.

CARA UBAH JADUAL KELAS DI ITALKI

Hai, post kali ni aku nak kongsikanlah pasal ni.

Nanti kalian dah pernah menempah kelas atau sudah ada pelajar. Kalian mungkin akan mengalaminya.

Jadual kelas di Italki tidak boleh diubah dalam masa 24 jam sebelum kelas. Jadi, kalau nak ubah, kena ubah awal.

Apa nak buat jika kelas ditunda dalam masa 24 jam?

Maksudnya, kelas anda akan bermula lagi 10 jam, dan anda ingin menunda kelas anda. Apa yang perlu anda lakukan?

19 kelas pada bulan April

Assalamualaikum semua.

Hari ni 1 Mei, jadi akan keluar kat profil jumlah kelas yang aku dah ajar pada bulan April.

Total kelas adalah 19 kelas.

Agak sikit berbanding bulan-bulan lalu tetapi tidaklah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan masa yang aku ada untuk kelas.

Bulan 4 ni, aku cuma buat kelas waktu malam je. So, mungkin hanya student yang available waktu malam je lah yang akan booked kelas dengan aku.

So far kebanyakan pelajar aku adalah wanita. Boleh kata 80% adalah wanita, selebihnya lelaki. Aku rasa faktor keselesaan juga mainkan peranan masa kelas. Yelah, kalau sama jantina, kita rasa lebih selesa. Kalau lain jantina ni, kalau aku la, kadang2 rasa malu. Entah apa2.

So far pelajar aku semua ok, ada je yang kadang minta postpone kelas lah ape lah, takpe aku faham je sebab aku pon kadang-kadang ada masalah jugak.

Target aku bulan 5 ni, kalau aku tak dapat kerja 'tetap' lagi, aku nak buat 30 kelas. Aku target 30 kelas je setiap  bulan sekarang, lagi banyak lagi masyukk. hehe.

Yuran pun aku dah naikkan sikit tapi masih wallet friendly untuk ambil. Sejam USD10.90. Cikgu lain ada yang USD20-25 ye untuk sejam. Tapi kat sini aku rasa harga bukanlah masalah sangat, yang mana bajet ciput, bolehlah belajar dengan aku. Kalau orang kaya, bolehlah belajar dengan cikgu yang caj mahal. Mungkin kualiti mereka lebih baik daripada aku yang bawang ni.

OK lah, itu je. Sekian bebelan saya pada 1 Mei ini.

Selamat hari pekerja! 

KELAS PERTAMA DI ITALKI.COM

Hi, tahniah kerana anda sudah dapat tempahan kelas pertama anda.

Alamak, apa nak ajar ni, blur lah.

Rileks.

Untuk kelas pertama, jangan terburu-buru nak ajar. 

Biasanya pelajar akan menempah 'trial class' atau 30 minit kelas.

Jadi, anda ada masa 30 minit sahaja untuk tinggalkan FIRST IMPRESSION yang bagus. Teruskan membaca. 

Pertama sekali, kalian kena tahu dulu LEVEL pelajar anda ni.

Sejauh mana dia tahu bahasa melayu(contoh). Reti cakap perbualan asas je ke? reti cakap ya, tidak, terima, kasih je ke? dah reti cakap sikit-sikit tapi vocab tak banyak ke atau dah reti cakap cuma nak praktis je.

Dari situ, anda dah boleh tahu hala tuju pembelajaran.

Kalau anda terus mengajar, nanti pelajar akan rasa anda ni syok sendiri je. Contohnya anda ajar pasal nombor, pelajar tu dah mahir dah nombor. Tak ke dia rasa macam ape bende cikgu ni main ajar je, tanya la aku dulu tahu ke tak. 

Seperti yang aku katakan di atas, kelas pertama ni merupakan FIRST IMPRESSION untuk anda buktikan yang anda cikgu yang bagus, walaupun anda sebenarnya pura-pura bagus.

CARA BUAT FIRST IMPRESSION YANG BAGUS? 

1) Cipta 'keselesaan' atau 'bonding' dengan pelajar
2) Berkenalan dengan pelajar
3) Ambil tahu apa yang pelajar inginkan


PERKARA YANG BUAT PELAJAR TURN-OFF UNTUK BOOKED NEXT LESSON

1) Terburu-buru nak ajar.

2) Terburu-buru tanya bila anda nak dia booked kelas seterusnya, contohnya pertanyaan 'bila awak nak booked next class ye?'

2) Cakap pasal yuran
Jangan sesekali cakap pasal yuran/harga melainkan ditanya, sebab semua tu dah ada di profil anda.


Aku beri tips ni berdasarkan pengalaman aku sebagai cikgu dan pelajar.

Jika ada nak tambah, dialu-alukan. 


Semoga membantu! 






CARA UNTUK DAPATKAN PELAJAR DI ITALKI.COM

Hi, ada yang tanya aku, bila dah daftar sebagai guru di Italki ni, macamana nak dapat pelajar?

Kita kena cari atau tunggu pelajar datang kat kita.

CARA DAFTAR JADI GURU DI ITALKI.COM

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan satu platform untuk korang buat duit dengan cara mengajar di platform Italki.com.