3 BENDA PENTING ANDA PERLU MINTA SEBELUM TAMAT INTERNSHIP

By Mierayusof - Thursday, May 13, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak kongsikan 3 benda yang anda kena minta daripada supervisor atau tempat internship anda sebelum anda tamat intern.


1) SIJIL PENGESAHAN INTERNSHIP
Sijil yang mengesahkan anda telah menjalani internship disitu, boleh cuba request pada HR. Ada ye HR yang akan reply, 'KAMI TAK PERNAH KELUARKAN SIJIL PENGESAHAN UNTUK INTERNSHIP', korang cakap lah sijil tu untuk buktikan yang korang pernah intern kat situ. 

Ala, macam korang masuk pertandingan lah, walaupun korang tak menang tapi still korang akan dapat sijil penyertaan kan? Macam tu la juga internship. Walaupun internship ni bukanlah suatu pertandingan, tapi kalau ada sijil lagi bagus. Ada ye syarikat yang bagi sijil. nama lainnya Recognition of completion.

P/S: syarikat tempat aku intern tak keluarkan ye surat pengesahan internship ni walaupun aku dah minta. Sedih.... 


2) RECOMMENDATION LETTER

Yang ni korang boleh minta pada supervisor internship korang sebab dialah yang monitor dan menilai korang sepanjang intern kan? Recommendation letter ni bertujuan untuk menguatkan keyakinan bakal majikan korang yang korang ni bagus buat kerja, dedikasi, punctual dan boleh menjadi pekerja yang bagus.

Again, ada je supervisor yang TAK NAK KELUARKAN RECOMMENDATION LETTER NI. Aku syak SV macam ni adalah SV yang tak pernah bertukar tempat kerja seumur hidup dia or bahasa mudah ialah dia dah berada dalam comfort zone sedari dulu lagi, means tempat dia kerja tu lah tempat dia kerja dari dulu sampai sekarang. Bukan apa, kalau dia pernah tukar tempat kerja(for better experience etc), mesti dia sedar dan tahu betapa pentingnya surat recommendation tu. Setuju tak?

Apa-apa pun, sila cuba minta ye. Mana tahu rezeki anda dapat supervisor yang memahami. 

3) MINTA IZIN SUPERVISOR JADI REFERENCE DALAM RESUME

Ini pun penting ya, sebelum anda letak nama, no fon dan emel supervisor internship anda di bahagian reference, anda perlu MINTA IZIN dan NOTIFY supervisor anda supaya bila ada syarikat yang telefon supervisor anda, takdelah sv anda tak mengaku yang anda ni bekas student intern dia.

Rasanya tu je yang anda perlu minta sebelum anda selesai internship. Nanti dah habis intern baru nak minta, leceh pula kan.

Semoga membantu!



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^