BUAT DUIT DENGAN BLOGGING

By Mierayusof - Sunday, May 09, 2021

Assalamualaikum semua.


Mungkin ada diantara kalian yang telah pun buat duit dengan blog. aku ucapkan tahniah.

Aku ni walaupun dari 2009 berblogging, hujung tahun lepas baru blog aku lepas untuk buat duit.

Bukan aku tak try tapi aku tak tahu kat mana salahnya. Godek punya godek, aku rasa laa... blog aku tak lepas untuk buat duit sebab content blog aku ni.

yelah, apa yang aku tulis tahun 2009-2012 tu kebanyakannya aku main tulis je dan ada yang merepek.

Kalau tak silap aku, dia tulis aku ni melanggar something. macam etika ke ape tah.


So, dari situ aku cuba delete semua post-post aku yang merepek tu dan juga post-post yang ada perkataan tak elok, sebenarnya aku tulis perkataan tak elok tu bukan sebab aku mencarut tapi sebab isi post tu.

Lepas aku delete semua tu, aku try semula google adsense tu, alhamdulillah menjadi.

So, sejak awal tahun haritu sampai harini, aku berjaya dapat 55 sen USD!

Sikit kan? Iya memanglah, viewers aku berapa kerat je pun, nak compare dengan blogger masakan yang famous tu, memang sah-sahlah boleh buat duit, viewer dorang sehari 50k-100k. Aku 50k pun tak sampai untuk sebulan.

Apa-apa pun, aku harap blog ni dapat jadi passive income aku untuk long term. Aminn..

Terima kasih kat korang semua yang sudi baca blog aku ni. Tanpa korang, siapalah aku. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^