CARA KE DATARAN MERDEKA GUNA PUBLIC TRANSPORT

By Mierayusof - Thursday, May 13, 2021

Hai semua.


Aku nak kongsikan cara untuk ke dataran merdeka menggunakan public transport iaitu LRT.

Caranya sangat mudah.

Lokasi yang anda perlu turun adalah di LRT MASJID JAMEK.

Bila anda keluar daripada tren nanti dan punch out.


Anda akan lihat ada mini starbucks. Belok ke kiri. Lepas anda keluar dari stesen LRT tu. Dari situ, ada 2 pilihan untuk ke dataran merdeka. 

1) Sila cari bank OSBC dahulu. Ia terletak di sebelah kanan. Di seberang jalan lepas OCBC tu, anda lalu je tepi masjid tu sampailah anda jumpa 'RIVER OF LIFE', lalu kat jambatan tu. Anda jalan depan sikit, nanti anda akan nampak bangunan Sultan Abdul Samad di sebelah kiri dan diseberang jalannya adalah dataran merdeka.

2) Keluar je stesen LRT tu, belok kiri, jalan terus dan lintas ke seberang di traffic light. Kat situ anda akan nampak Mynews, yes anda dijalan yang benar. Lalu je laluan tepi tu, kadang ada orang jual-jual kat situ. Nanti anda akan nampak masjid jamek disebelah kanan. Lalu je susur sungai tu. sampailah anda nampak CBL Money transfer. Anda akan kena nampak muzium tekstil di sebelah kiri, jalan je straight nanti anda akan nampak bangunan sultan abdul samad disebelah kanan.

Jika anda tak faham, bolehlah tengok di Google map. 

Semoga membantu! Jangan sesat pula ye. 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^