CARA UNTUK DAPATKAN PELAJAR DI ITALKI.COM

By Mierayusof - Saturday, May 01, 2021

Hi, ada yang tanya aku, bila dah daftar sebagai guru di Italki ni, macamana nak dapat pelajar?


Kita kena cari atau tunggu pelajar datang kat kita.

Jawapan aku: DUA-DUA.

1) Kita cari pelajar

Kalau korang ada buat kelas tusyen private, mestilah kalian akan war-warkan mengenai servis anda tu kan. Tapi kena cari prospek yang betullah, contohnya kalau ajar bahasa Melayu, janganlah join group Pasar Karat plak nak promote. Joinlah group yang ada ramai foreigner.

Nak up sikit, aku buat fb page. Kat situ takdelah aku promote pasal kelas aku je. Aku banyak post pasal bahasa melayu. Yang ni bagus untuk long term. 


2) Pelajar cari kita

Yang ni sebenarnya lagi mudah. Umpaman bulan jatuh ke riba. Sebab kalian tak perlu nak promote, tunggu je pelajar booked. 


Sis Mira, saya ada dapat satu request kelas, nak ajar apa ni untuk first kelas? Hah yang tu anda kena baca >> KELAS PERTAMA DI ITALKI. 



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^