INTERNSHIP FOR BIOTECH STUDENTS IN MALAYSIA 2021

By Mierayusof - Tuesday, May 18, 2021

Hi all. Firstly, I am sorry because only the tittle is in English but the content is in Malay. If you dont understand Malay, you can use Google translate or ask your Malay friend to translate it for you. OK?



Hai semula!

Ok, tahniah kepada adik-adik yang bakal menjalani latihan industri/internship tak lama lagi.

Tengah cari tempat intern?

Tak tahu nak intern kat mana?

Nak cari tempat intern yang ada elaun?


Pertama sekali, skop kerja biotech ni sangat luas tau. Jadi, tempat intern anda bukan sahaja di research centre atau makmal tapi lebih daripada tu.

Jika di universiti anda ada concentration course, contohnya di UIA, pada tahun ke-3, kami perlu pilih sama ada nak ambil Environmental Biotech atau Food Biotech.

Ada orang, dia nak intern dekat tempat yang berkait dengan concentration course yang dia ambil. Ada orang dia nak intern dekat tempat yang lawan dengan concentration course yang dia ambil.

Anda yang mana?

BACA >> BIDANG KERJA UNTUK LEPASAN BACHELOR OF BIOTECHNOLOGY
p/s: inilah jawapan kepada tajuk post ni. 

Dah baca link yang saya bagi di atas? Jika sudah baca, itulah skop kerja yang anda boleh kerja untuk intern.

Contohnya jika anda minat Environmental related. Anda boleh cari tempat intern yang namanya 'ENVIRONMENTAL CONSULTANT' di Google search. Contohnya Environmental Technology Research Centre(SIRIM). 

Walaupun namanya perunding(consultant) tetapi bukanlah consultant seperti perunding hartanah. Antara servis yang disediakan oleh syarikat sebegini ialah khidmat sampling dan monitoring, water analysis, soil analysis, indoor air analysis, microbial laboratory analysis, environmental, waste water engineering, environmental impact assestment. Semua ni ada kaitannya juga dengan biotech ya.

NOTA: Jika anda ada minat yang mendalam dalam environmental dan ingin menceburi bidang ini setelah tamat belajar, anda boleh mengambil sijil profesional seperti dibawah:

Sebenarnya ada banyak lagi, boleh tengok di website DOE. 


Jika anda ada minat dalam lab atau sebagainya tetapi tidak pasti syarikat yang mana, boleh tanya sis. Tetapi pastikan anda kena propose syarikat tu kat sis dulu untuk minta pendapat, bukan sis yang tolong carikan untuk anda. Banyak cantik. 


CIRI-CIRI TEMPAT INTERN YANG BAGUS

1) JOBSCOPE

Diberitahu dengan jelas jobscope kerja. Biasanya dekat borang reply internship tu ada ruang untuk majikan tulis jobscope. Bukan apa, kalau tak diberitahu jobscope ni, risau kang bila anda dah mula intern, rupanya kena buat kerja bahagian admin atau HR. Ada yang kena uli tepung untuk yang intern di kilang, padahal datang dengan harapan akan diberi tugas sebagai Quality assurance.

2) ELAUN

Please, say no to UNPAID INTERNSHIP! Ada majikan yang cakap, kami dah beritahu student yang kami tak provide elaun tapi student tu willing je. Sebenarnya anda telah exploitasi 100%, majikan hanya menggunakan DESPERATE anda untuk kepentingan mereka. Mustahillah syarikat takde duit nak bayar even 1 sen. Dah buat bisness mesti ada untung, kalau takde untung kenapa nak kena hire staff walaupun intern? Ye dok? Lagi 1, student intern bukannya minta gaji minimum RM1,200 tu. Elaun je kut, RM10 sehari lepas makan minum or kos transport pun jadi la. 

Akak, saya dah minta banyak tempat intern yang ada elaun tapi satu pun tak dapat. Sebab tu saya terima je tempat yang takde elaun. 

Meh nak tanya banyak tu berapa banyak? 5? 10? 30? 50? Kalau baru minta 5-10 tu, please jangan cepat putus asa. Banyakkan berdoa semoga ada rezeki anda untuk dapat tempat intern dengan elaun. 

PLOT TWIST

Anda masih boleh intern di tempat yang takde elaun dengan syarat syarikat tu GLC atau MNC. Walaupun anda kerja 8 jam sehari x 3 bulan secara sukarela, sekurangnya bila anda mohon kerja nanti, anda boleh 'ungkit' dengan bangganya anda intern disitu.

3) GLC ATAU MNC

GLC ialah Govermet-Linked company iaitu syarikat swasta yang ada hubungan dengan kerajaan contohnya SIRIM, TM, MAS, TNB, POSLAJU etc. 

MNC pula ialah Multinational company iaitu syarikat swasta yang ada branch di luar negara. Atau HQ nya diluar negara dan dia ada branch di Malaysia.

GLC dan MNC ni majoritinya ada reputasi yang bagus, kewangan yang mantap Tapi tak smua sanggup melabur untuk membayar student intern.

Walakin begitu, jika anda intern di syarikat seperti ini, seperti yang saya katakan tadi. Anda boleh ungkit dengan bangganya semasa interview kerja yang anda pernah buat latihan industri disini. 

BACA>> PASTIKAN MINTA DUA PERKARA NI DARIPADA SUPERVISOR SELEPAS SELESAI INTERNSHIP

Jika anda rasa artikel ni membantu, sila kongsikan kepada sahabat yang lain. Jika ada cadangan, penambah baikan atau perkongsian, jangan segan silu untuk kongsikan. Identiti anda dirahsiakan.  


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^