REVIEW BERAS PUSA KING PARBOILED 1121 CAP RAMBUTAN

By Mierayusof - Saturday, May 08, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak review beras parboiled keluaran cap rambutan.

Untuk yang pertama kali dengar perkataan parboiled ni, meh aku nak cerita.

Nampak sedap tak? 
Sumber: FB @caprambutanoffical 



APA ITU BERAS PARBOILED ?
Beras parboiled ni adalah beras yang direndam, dikukus, dikeringkan dan lapisan hullnya dibuang. Parboiled bermaksud rebus. Kalau steamed bermaksud rebus. 

Dari segi harga, harap maklum ia beras premium jadi harganya RM54.80 untuk 5kg. Tapi kat kedai lebih murah rasanya, boleh dapat RM44/5kg.

Beras ni diimport dari India ye. Seperti yang kita tahu, India ni antara negara pengeluar beras terbesar didunia.

Dari segi rasa, kita tahu yang nasi ni sebenarnya tasteless. Tapi nasi ni aku suka bau dia bila dia dah masak. Sebab aku pernah makan beras parboiled jenama A ni, bau nasi dia macam pelik sikit dan aku tak minat bau dia.





Dari segi portion, beras parboiled ni always win! 

Bila masak tu, untuk berbuka, aku masak 2 pot je untuk 4 orang makan. Nampak macam sikitnya 2 pot kan, tapi setelah try n error, memang cukup. Kalau guna beras biasa, aku guna 3 cawan minimum la minimum tau. 

Kalau ikut arahan kat plastik, nasi: air kena 1: 1.5. Aku tak sukat lah plak berapa cawan air tapi yang pasti air tu aku lebihkan dari biasa. 

Kelebihan beras parboiled ni, kalau ko masak air ngam-ngam, maka beras tu akan terlihat kering dan berderai iaitu standard result. Tapi kalau korang lebihkan air sikit, beras tu tak akan lembik tau, dia akan mengembang lagi dan hasilnya macam beras biasa. Ikut korang la minat jenis mana. Aku ok je dua-dua, kalau nak jimat boleh guna cara kedua tu iaitu lebihkan air.

Recommend tak beli beras pusa king parboiled 1121 cap rambutan ni? 

100% recommended sebab beras ni takde kolestrol, takde gluten dan rendah GI. Jumlah carbohydrate plak 78.9g dan tenaga 352kCal.

Beras ni sesuai untuk pesakit kencing manis dan yang ingin berdiet.

Kita hari-hari makan nasi kan, marilah bertukar ke beras yang lebih sihat!





  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^