REVIEW DRAMA KOREA SISYPHUS 2021

By Mierayusof - Wednesday, May 05, 2021

Hai semua.


Hari ni aku nak review satu drama korea yang baru je tamat awal bulan haritu.

Drama ni lakonan heroin terkenal iaitu Park Shin Hye, dia ni juga heroin dalam filem The call

BACA >> REVIEW FILEM KOREA THE CALL 2020 



Genre: Sci-fi, misteri

Sinopsis:

Drama ni mengisahakn Han Tae Sul (Cho Seung Woo), seorang jurutera yang genius dan Kang So Hae (Park Shin Hye), seorang wanita yang hebat dalam berlawan. 

Tae Sul ni adalah pengasas Quantum & Time, sebab dia ni sangat genius dalam kejuruteraan dan 'coding', so dialah pencipta mesin masa.  Lepas abang Tae Sul ni iaitu Han Tae San ni mati 10 tahun lepas, ada benda yang dia alami dan ada sesuatu yang tidak masuk dek akal mengenai abangnya itu. 

Apa kaitan So Hae dengan Tae Sul? Kenapa So Hae ni bersungguh-sungguh nak protect Tae Sul?


REVIEW DARI AKU

Cerita ni mengenai time travel. Sejujurnya kalau kisah mengenai time travel ni kan, kalau korang jenis 'lurus' dan blur, memang korang akan jadi bertambah blur bila tengok.
Park Shin Hye ni mulanya aku tak minat sangat dia, entah tak tahu kenapa, macam menyampah. Lepas tu lepas aku tengok drama yang dia jadi doktor tu, rasa macam dah boleh getback.

Cerita ni agak sedih la ada certain part tu sebab libatkan keluarga. Aku kalau part libatkan keluarga ni walaupun takde kaitan, memang boleh sedih. 

Kalau korang minat drama time travel ni, sesuai sangatlah tengok cerita ni.

Oh ye, lupa nak bagitahu. Drama ni mengisahkan yang Korea akan diserang bom nuklear yang memusnahkan ramai rakyatnya. So dia tunjuklah tahun 2040 camtu, Korea ni jadi macam tempat takde penghuni. Bila aku fikir balik, sebenarnya benda tu dah jadi dah kat dunia ni. Iaitu di Syria. Kalau korang tengok drama ni, dan korang relate dengan Syria, memang ada persamaan tapi bukan dari segi macamana negara tu 'dihapuskan'. Dalam drama kita rasa ngeri, tapi cuba bayangkan orang yang hadapi semua tu secara nyata. Tidak dapat dibayangkan. Aku pon tak kuat rasanya. 

Maka bersyukurlah kita kerana negara kita masih aman walaupun politikus macam t*** je perangai memasing. HIdup macam duit pangkat harta kuasa tu boleh bawa masuk kubur. 

kan dah melalut.

Oklah, nanti korang dah tengok, jangan lupa komen kat sini. Nak tahu juga apa pandangan korang mengenai cerita ni.

Akhir kata, selamat menonton..

Tonton Drama Sisyphus secara percuma >> KLIK SINI 
P/S: jangan lupa enable ads blocker kalau tak nak dihantui oleh iklan-iklan yang sangat2 annoying. 




  • Share:

You Might Also Like

1 comments

Thank you for your comment ^_^