REVIEW DRAMA KOREA VINCENZO 2021

By Mierayusof - Wednesday, May 05, 2021

Assalamualaikum semua.


Siapa belum tengok drama ni dan ingin tahu berbaloi habiskan masa untuk tengok. 

Ni aku nak review ni, drama ni lakonan pelakon lelaki popular Korea iaitu Song Jong Ki, siapa yang pernah tengok The Desendents of the Sun (TDOTS) tu tahulah hero ni.


Sinopsis pendek:

Drama ni mengisahkan Vincenzo Cassano (Song Joong Ki) yang lahir di Korea dan membesar di Itali. Di Itali, dia ni bekerja sebagai peguam untuk mafia disana. Secara tak langsung dia ni 'mafia' jugaklah. Muka dia ni nampak je tak bersalah tapi sebenarnya fuh kejam juga ye. 

Apa yang bagusnya Vincenzo ni, dia punya skil 'negotiate' ni sangat power. dan dia juga ada prinsip-prinsip lah dalam hidup dia yang boleh kita contohi.

Ok, Vincenzo ni kan tinggal di Itali, tapi kenapa tiba-tiba di datang Korea? Lepas tu kenapa dia ter'stuck' kat satu tempat tu? 

Suatu tragedi berlaku yang menyebabkan dia bekerjasama dengan Hong Cha Young (Jung Yeo Bin), seorang peguam elit. 

Mereka ada satu misi yang sama iaitu untuk menjatuhkan satu syarikat gergasi yang membuat pelbagai kesalahan.

Adakah misi mereka berjaya?


KENAPA ANDA HARUS MENONTON DRAMA VINCENZO ?

1. Plot cerita agak cliche tapi masih menarik untuk ditonton
2. Terdapat banyak kata-kata hikmah dalam drama ni, yang dituturkan oleh Vincenzo.
3. Memberi anda pengajaran yang orang yang paling kita percaya adalah orang yang paling berpotensi untuk tikam kita.
4. 'polish' bahasa Itali untuk siapa yang tahu bahasa Itali sebab part kata hikmah tu semuanya ditutur dalam bahasa Itali.
5. Disebalik keseriuskan Vincenzo, ada ketikanya di tunjuk ihsan dan watak kelakarnya. Dia tak perlu buat lawak pun untuk buat orang tersenyum. 

So far aku beri 4 bintang. 

AMARAN

Drama ni ada part ganas ye macam lawan-lawan, tembak menembak, langgar lari dan sebagainya. walaupun sekadar lakonan tapi kalau yang tak suka tu mungkin tak minat.

Drama ni ada plot twist. So mohon jangan tengok mana-mana preview untuk menambah debaran didada. 


p/s: kalian perasan tak muka heroin tu kan macam muka Kim Go Eun(heroin drama Goblin), cuma bezanya mata heroin drama ni lebih tajam dan lebih serius). 


Kalian dah tengok drama ni? Apa kata anda? 







  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^