Pengalaman cucuk Vaksin Pfizer di MSU Shah Alam

By Mierayusof - Saturday, June 26, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni tarikh keramat iaitu hari aku mengambil vaksin dos pertama jadi haruslah aku nukilkan disini gitu cewah. 

Pada mulanya aku dapat temujanji untuk vaksin Astraveneca (AZ) yang dijadualkan pada 18 Julai nanti.

Vaksin yang aku dapat ni COMIRNATY, keluaran syarikat Pfizer juga

lokasi vaksin aku tu di MSU di Seksyen 13, Shah Alam. Tak susah pun nak cari, korang masuk je main gate tu, korang boleh turun drop off kat depan tangga yang tepi dia ada logo I love MSU tu.

Aku sampai dalam jam 8.45am dan 9.20am  tu setel dah rasanya. Ni mula dari first sampai tangkap gambar tau. 

Masa tu memang tak ramai orang. So kalau dapat pagi tu baguslah tak perlu beratur lama. 

Nak masuk tu ada bebeberapa checkpoint. 1 checkpoint tu tunggu tak lama pun, tak lebih 10 minit.

Checkpoint 1 : Scan mysejahtera dan confirmasi boleh masuk ke tak. Dia check date cucuk & masa di app mysejahtera korang. Kalau korang datang tak kena masa, boleh jadi dia suruh datang ikut masa dalam apps tu. Ikut nasib masing-masinglah. 

Checkpoint 2: Tempat menunggu 1. Kalau korang lepas kat checkpoint 1, mereka akan beri 1 borang untuk korang sign, Kira macam korang setuju lah untuk cucuk vaksin ni. So sambil tunggu tu korang boleh lah sign borang tu.

Checkpoint 3: Pengesahan sakit - kat sini korang kena bagitahu jika korang ada apa-apa masalah kesihatan ke apa.

Checkpoint 4: Tempat menunggu 2. Masa korang tunggu ni, akan ada sorang yang akan check borang yang korang dapat tadi dan dia akan cop dan sign bahagian saksi.

Checkpoint 5 - TEMPAT CUCUK VAKSIN - kat sini korang akan dipanggil untuk cucuk vaksin. Jika korang kidal macam aku, WAJIB beritahu yang korang kidal supaya mereka cucuk kat tangan kanan korang.

Checkpoint 6 (Terakhir) - Lepas dah cucuk, korang akan diberi 1 kad vaksinasi, kat situ ada tertulis jenis vaksin, tarikh korang cucuk dos pertama dan tarikh temujanji dos kedua. Kat situ ada tarikh je, untuk masa korang kena check kat mysejahtera, dalam 2-4 hari baru keluar.

Checkpoint Optional - lepas korang cucuk tu, korang kena tunggu 15-30 minit untuk tengok jika ada immediate kesan. Ada orang ada kesan ada orang takde kesan immediate. Dah cukup 15 minit dan takde apa jadi, korang boleh balik! Yeayyy.....

Itu je. Setakat aku tulis ni aku tak rasa apa-apa side effect, kalau ada nanti aku tulis part 2 plak. hehe. 

Last but not least, JANGAN LUPA BAWA PEN. 

Sekian terima kasih sudi baca. 

KESAN SELEPAS CUCUK:

26 JUN 2021 - HARI CUCUK - DAY 0
Lepas cucuk tu, takde rasa kebas tangan lagi. Takde rasa apa2 beza. Sebelum dan selepas cucuk tu sama je. Cucuk pukul 9.15pm, pukul 2 pm masuk kerja siap OT lagi sampai pukul 12am. Malam lepas isyak tu dah start rasa lenguh sikit tangan cucuk tu tapi rasanya tu normal la kan sebab haritu ambil darah pun rasa lenguh juga tangan.

27 JUN 2021 - DAY 1
Masih terasa sama seperti hari biasa. Tiada pening, tak larat, nak muntah loya semua takde alhamdulilah. Lenguh tangan pun dah kurang tapi still ada. 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

Thank you for your comment ^_^