REVIEW KLINIK VETERINAR SEKSYEN 17 SHAH ALAM

By Mierayusof - Sunday, June 27, 2021

Assalamualaikum semua.


Aku nak review pasal klinik veterinan Seksyen 17 Shah Alam, just in case korang tertanya tanya apa yang klinik ni provide.

First of all, bukan semua klinik veterinar ada provide servis pembedahan dan Xray ye. Kebanyakannya provide basic service untuk haiwan anda seperti vaksin, spay, ubat kurap dan untuk sakit-sakit ringan.

Aku dah ke klinik ni beberapa kali sebab klinik ni yang paling dekat dengan rumah.

Dibawah adalah servis yang ditawarkan:

1) Consultation
2) Vaccination
3) Deworming 
4) Vaccination combo
5) Castration
6) Boarding
7) Warded 
8) Injection Kurap
9) Other injection
10) Spaying -OHE, on heat/early pregnancy
11) Grooming - bergantung saiz dan bulu

Maaf harga aku tak boleh reveal sebab aku tak tahu polisi klinik ni sama ada beri atau tak reveal harga. So, jika korang nak tahu harga, boleh lah pm aku ye. 

Aku pernah hantar kucing aku si Suki ni untuk vaksin dan juga untuk check sawan dia. 

Pertama kali aku pergi sebab kucing aku sawan. So, aku hantar untuk dicek. Doktor hanya boleh buat physical checkup seperti check selera makan, cek ape tah lah yang pasti cek luaran je la.

Korang pon tahu kan sawan ni berkait dengan sistem saraf. Tapi kat klinik ni tak boleh buat deep checking untuk tu. Hanya pre screening je.

Overall service ok, korang tak perlu menunggu lama seperti di klinik. Korang hanya perlu drop off kucing korang, lepas tu tinggal je untuk doktor check. Apa-apa doktor akan call dan explain. Bila semua dah setel, korang tinggal ambil kucing je. Mudah kan? 

Harga pun aku rasa berpatutan lah. Ok.

Baru-baru ni kucing aku terjun dari tingkat 5. Bukan terjatuh ye tapi dia sendiri terjun. Nak dijadikan cerita, dia landing tak betul so cedera. Ingatkan patah kaki ke ape rupanya bila xray, tulang pinggul dia patah. sakit weh. Lepas tu kami pergi pula hantar di ke Ivet, yang ni adik aku dengan mak aku yang pergi hantar jadi aku tak tahu nak review apa. Aku kena kumpul dulu feedback adik aku baru boleh tulis.

Sekian terima kasih sudi baca. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^