SOALAN YANG DILARANG UNTUK TANYA MASA INTERVIEW UNTUK FRESH GRADUATE

By Mierayusof - Thursday, June 10, 2021

Assalamualaikum semua.



Hari ni aku nak kongsikan antara kesalahan yang korang tak patut buat masa interview. Apa yang aku nak listkan ni kadang takde kat website lain tau sebab benda ni secara tak langsung kita buat. 

Sebab aku dah terbuat benda ni dan aku tak nak korang pun buat.


1) TANYA SESUATU YANG DAH ADA JAWAPANNYA DI WEBSITE

Benda ni kalau korang tanya, tinggi potensi untuk buat recruiter turn off. Haritu aku interview untuk position product specialist, lepas tu kan, aku tanyalah contoh produk company dorang.

Recruiter tu tanya aku balik yang aku ni godek tak website dorang? Dia still jawab soalan aku tu tapi dia cakaplah sepatutnya aku baca dulu website dorang sebelum tanya. Masa ni aku macam.... aku baca tapi tak jumpa!!!! Padahal ade je kat website tu. Aduihh aku dah rasa macam recruiter tu turn off sikit sebab akhir iv tu dia emphasis lagi pasal ni. Padan muka aku! Korang jangan buat ok!


2) TANYA SOALAN YANG SUDAH DITERANGKAN

Beza dengan no 1 tadi ialah, no 1 tu jawapannya dalam website. no 2 ni jawapannya sudah diberitahu.

Yang ni, ada sesetengah interview, dorang akan jelaskan jobscope(contoh) ape semua tau sebelum atau selepas interview. Masa ni sangat-sangat penting untuk korang take note apa yang recruiter tu beritahu. catatlah kat memana atau ingat.

Kalau recruiter tu dah terangkan, dan korang tanya semula soalan tu, memang nahas lah! Nampak sangat korang tak fokus. Ceh padahal banyak sangat info yang diberitahu sampai tak ingat.

Ni pun aku dah pernah buat. Yang buat aku terkilan ialah kenapa aku pergi tanya soalan tu walhal aku dah tulis dah kat buku!!! ko tahu recruiter jawab apa? 'KAN SAYA DAH TERANGKAN TADI'. Aku macam.. eh aah laa.. ape benda siaa aku tanya ni... 

3) DEMAND GAJI 

Iye tahu korang ada degree. Iya tau gaji RM2,150 dikira miskin bandar apetah lagi kalau kurang daripada tu. Iye tahu korang ada komitment ape semua. Tapi kalau korang fresh grad, tak yah berangan lah nak demand gaji tinggi. Sebab syarikat ni dorang dah set dah gaji berapa lagi-lagi untuk freshie.

Yang ni aku tak buat. Kalau korang ada study pasal soalan lazim interviewer kan, kan ada 'what is your expected salary?' . Kalau recruiter tu dah cakap siap-siap berapa gaji ape semua, means benda tu fix lagi, lagi untuk freshie. 

Tapi jangan risau, korang still boleh demand gaji tinggi tapi lepas korang dah diserap permanent dan lepas beberapa bulan kerja. 

Setakat yang aku pergi interview, gaji tu atas lah dari miskin bandar. 


Rasanya tu je, kalau ada kesalahan lain yang aku terbuat masa interview, aku akan kongsikan. Korang pun boleh kongsikan kesalahan yang korang pernah buat. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^