TANDA TANDA ADA TONSILITIS, PENGALAMAN PERTAMA KALI

By Mierayusof - Friday, June 11, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak kongsikanlah pengalaman aku ada unexpected tonsil.

Ni simptom-simptom yang aku alami:

1. Rasa sakit kat tekak dan bila sentuh belah kanan leher, rasa sakit.
2. Badan tiba-tiba jadi panas macam demam, suhu 37.0-37.5
3. Kepala pening 
4. Badan jadi seram sejuk
5. Rasa sejukk.

Aku dah syak macam kena tonsilitis. Jadi, aku terus pergi klinik Siti kat seksyen 18 sebelah Giant yang dah tutup tu pada hari tersebut dan doktor sahkan ada nanah kat tekak aku, ada term dia tapi aku tak ingat.

Tonsil aku bengkak sebab ada jangkitan bakteria, bukan virus ye.

Jadi, penawarnya adalah ANTIBIOTIK.

Doctor bagi aku MC 1 hari dan suggest aku untuk buat swab test sebab tempat aku kerja ni exposed to virus C.

Aku tak buat la swab test sebab baru kerja kan, takkan nak perabis duit mak plak. So aku buat RTK je lah, ni aku pergi Klinik Mediviron seksyen 7 plak.  Kos untuk RTK RM120. Mahal juga tapi nak buat macamana sebab aku pon tak nak merisikokan orang di sekeliling aku terutama keluarga aku dan keluarga abang aku. Aku sayang dorang.

Alhamdulillah result negatif walaupun boleh jadi false negatif, yang bermaksud aku sebenarnya positif tapi result RTK tulis negatif. Faham tak? Tapi aku tak nak overthinking, dah result negatif so aku assume aku negatif lah.

Doktor ade pesan kalau aku rasa makin teruk lepas 3 hari makan ubat antibiotik, terus refer ke hospital dan ambil darah. Sebab something wrong dah masa tu.

Selesai je semua urusan, aku balik rumah, aku jamah dulu nasi sebelum makan ubat dan terus tidur sebab masa tu badan aku dah panas giler, aku cek suhu pon dah 37.5, badan rasa sejuk giler dan kepala pun dah berpinar. Aku tidur tu rasa lega sikitlah walaupun kadangkala terjaga sebab tak selesa.

Aku tidur dalam 4 jam macam tu, aku bangun tu alhamdulillah kepala dah tak pening, badan pun dah tak panas macam sebelum tu.

Aku mandi untuk sejukkan badan, dinner dan makan ubat.

Malam sebelum tidur pun aku makan je paracetamol tu. So far aku rasa better than pagi tadi.

Doakan aku cepat sembuh. 






  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^