UPDATE REVIEW PAKAI WARDAH SKINCARE LIGHTENING MICELLAR GENTLE WASH

By Mierayusof - Monday, June 07, 2021

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak beri feedback jujur ikhlas dari hatiku ini.

Alkisah haritu aku ada beritahu yang aku dah mula bertukar ke pencuci muka Wardah ni pada akhir tahun 2020, dan harini, setelah 6 bulan aku nak beri lah feedback. Btw, aku still pakai pencuci muka bir tu ya sehingga ke harini. 

Dan baru-baru ni ia agak boom oleh kerana review di Tiktok. Mungkin sebab tu korang jumpa blog aku ni. Btw aku mula pakai ni sebelum produk ni boom lagi.

Sebelum aku review, ni nak bagitahu yang muka aku ni jenis COMBINATION iaitu acne, dry and oily! Acne tu bahagian pipi sebab pori2 aku besar, oily tu bahagian hidung dan dry bahagian bawah mata. Mana aku tahu? Sebab bulan 7 tahun lepas aku ada pergi buat check muka di sebuah hospital ni.

So, antara produk yang aku dah pakai ialah:


1. Lightening Micellar Gentle Wash - pencuci muka

Yang ni aku pakai konsisten ya setiap hari, alhamdulillah muka ok, means takde la buat muka makin kering ke, jerawat ke berminyak ke. Pendek kata, mukaku serasi la dengan pencuci biru ni.

p/s: Aku pernah nak cuba yang vitamin C tapi... sila baca feedback di bawah ya.

2. Lightening Gentle Exfoliator - scrub muka
Yang ni pun best pakai sebab biji2 dia halus je dan ok la untuk pakai kat muka. Kadang aku pakai masa muka tengah jerawat sebab terlupa ada jerawat masa tu. hehe. And still ok la tak rash ke burn ke takde.

3. Lightening Night Cream  - moisturizer
Yang ni pakai waktu malam la dah namanya night cream kan. Hehe. Ni pun ok la aku pakai daripada Krim Safi Rania Gold penutup purple tu, btw sebelum ni aku pakai Safi yang gel warna oren tu ok plak.. Krim wardah ni pun ok dengan muka aku. Serasi gitu sebab lepas pakai takde side effect macam muka berjerawat ke, minyak ke takde.

DISCLAIMER: SETIAP ORANG MUKA MEREKA BERBEZA. BOLEH JADI SESUAI DENGAN MUKA AKU DAN TAK SESUAI DENGAN MUKA ANDA, DAN SEBALIKNYA.

Kat bawah ni aku nak sambung review tambahan produk Wardah yang aku beli lepas pencuci muka aku habis.

Aku sajalah nak cuba pencuci muka Wardah ENERGIZING CREAMY WASH C DEFENCE ni.

Feedback jujur: Aku rasa muka aku tak serasi dengan produk yang ada vitamin C, sebab sebelum ni aku pernah pakai serum yang ada vitamin C (main ingredient), muka aku jadi kering. Mana tahu muka kering? Bila sentuh muka rasa kesat. 

Lepas pakai pencuci muka yang ni pun, muka aku rasa tak selesa macam kesat kering camtu. So, aku bagi adik aku pakai pencuci muka ni dan dari pemerhatian aku, adik aku enjoy je pakai sampai sekarang, mungkin serasi dengan kulit dia. Jeles plak guwe. 

Korang jangan rasa produk ni tak ok ye. Ia tak ok dengan aku je. So korang kena try la dulu guna, kalau korang rasa kulit korang ok guna produk ada vitamin C, bolehlah cuba yang ni. Kalau tak berani, boleh cuba yang warna biru tu dulu. 


Rasanya itu je feedback aku untuk keempat-empat produk Wardah yang aku sudah cuba ni. Jika aku ada cuba produk Wardah yang lain, aku akan review juga ya. 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^