Thursday, 22 July 2021

KURSUS INDUKSI SUKARELAWAN MISI7 ONLINE

Hai semua. 

Pernah sertai tak kursus sukarelawan yang dianjurkan oleh mana-mana NGO?

Jika tidak pernah, inilah peluang anda! 

Tuesday, 20 July 2021

PENGALAMAN CUCUK VAKSIN PFIZER DOS KEDUA DI MSU SHAH ALAM

Hai semua. 

Pada hari Sabtu 17 Julai yang lalu, aku telah pergi cucuk vaksin Pfizer dos kedua.

Aku nak kongsikan lah pengalaman aku selepas cucuk dos kedua ni.

Sebelum ni macam-macam cerita aku dengar, ada yang cakap dos kedua ni kesannya lebih kuat berbanding dos pertama. ada yang cakap masa dos pertama tak rasa apa, dos kedua baru rasa after effect.



Apa-apa pun. Dengar boleh, percaya jangan! Sebab kesan ni bergantung diri masing-masing. Sudah tentulah tak sama.

Jadinya, apa yang berlaku kat aku ni. Tak semestinya akan berlaku kat korang juga. 

Untuk tahu pengalaman aku cucuk dos pertama, boleh KLIK SINI untuk baca. 

Untuk info korang, aku pergi cucuk ni pagi. Ikutkan perut aku kosong je sebelum isi ni, so aku makan biskut gula untuk alas perut. Air tak payah cakaplah, 500ml tu sekejap je habis. 

Aku pergi cucuk pagi, dalam jam 8.30am macam tu. Jam 2pm, aku masuk kerja. Ya, aku tak dapat cuti khas untuk pergi vaksin sebab tempat kerja aku tu 24jam so takde cuti khas. Kalau kebetulan jadual cuti pada hari cucuk vaksin tu, rezeki masing-masinglah.

Jadinya, masa aku kerja tu. kebetulan pula kekurangan staf. So memang penat sikit lah. Alhamdulillah aku takde rasa apa pun lepas cucuk tu. Rasa biasa je dan macam takde beza sebelum dan selepas cucuk.

KECUALI

Tangan tempat cucuk tu rasa lenguh. Nak angkat tangan kanan rasa lenguh. 

Tu je la yang aku rasa kesan lepas cucuk tu. Takde pening takde rasa nak demam, takde demam.

Tak tahulah tu petanda baik ke buruk. Yang pasti aku positif je lah.

Rasanya tu je. Kalau korang nak kongsi pengalaman korang cucuk vaksin, dialu-alukan.

Oh ye, lupa nak cakap, kawan-kawan aku yang lain yang cucuk dos kedua sama hari dengan aku, ada yang demam, ada yang tak larat tau.



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.



Wednesday, 14 July 2021

CARA CEK BATTERY LAPTOP MUDAH DAN PANTAS

Hai semua.

Aku nak kongsikan cara cek bateri laptop korang.

Cara ni sangat mudah dan berkesan.

Tuesday, 13 July 2021

DURIAN CREPE SEDAP SHAH ALAM ANTARA YANG TERBAIK

Assalamualaikum semua.

Tengah cari durian crepe (DC) ke tu? 

Ok baca sampai habis ye sebab aku nak review DURIAN CREPE ANTARA YANG TERBAIK DI SELANGOR ni. 

Monday, 12 July 2021

Sunday, 11 July 2021

PENGHANTARAN FLEXIPACK KE LUAR NEGARA 2021

Aku pasti mesti ada yang tertanya-tanya sama ada FLEXIPACK by POS MALAYSIA ni sudah beroperasi semula atau belum.

Menurut carian aku di sosial media Pos Malaysia, mereka memaklumkan bahawa

Thursday, 8 July 2021

PENGALAMAN HAMPIR DITIPU AGENSI PEKERJAAN SCAM

Assalamualaikum semua.


Disaat pandemik di negara kita yang masih diparas kritikal ni, pasti ramai yang kehilangan pekerjaan dan amat memerlukan pekerjaan bukan?

Hari ni aku nak cerita la sikit pasal pengalaman aku yang HAMPIR ditipu agensi pekerjaan. Maaf aku tak dapat nak reveal nama agensi pekerjaan tu, kalau korang nak tahu, please pm aku.