5 PANDUAN BEKERJA SEBAGAI FREELANCER ONLINE

By Mierayusof - Monday, July 12, 2021

Hai semua.


Daku ingin kongsikan 5 panduan bekerja sebagai pekerja bebas atas talian.

1. TETAPKAN SASARAN KEMAHIRAN

Tetapkan sasaran kemahiran untuk pasaran pekerjaan. Anda mesti menetapkan sasaran kemahiran yang anda miliki untuk memilih sebagai 'selling point' anda didalam kerjaya sebagai seorang freelancer. Pilih satu kemahiran yang anda mahir dan jadikan ianya kemahiran utama untuk mencari pasaran pekerjaan yang berkaitan.

2. KETAHUI SASARAN PELANGGAN ANDA dalam platform online

Terdapat puluhan platofrm online yang mempunyai sasaran pelanggan dan kekerapan pekerjaan yang tinggi. Anda perlu tahu platform yang sesuai mengikut kemahiran yang anda miliki dan mula membina profil bagi menark perhatian pelanggan yang berpotensi.

3. URUSKAN MASA BEKERJA agar tidak melebihi had

Sebagai freelancer baharu, keasyikan mencari projek akan menyebabkan anda tergendala projek yang sedia ada. Maka perlu tahu cara urus masa dan projek agar ianya tidak keterlaluan dan berikan ruang untuk badan anda berehat jika telah melaksanakan sesuatu projek yang panjang dan memenatkan.

4. KETAHUI CARA MENETAPKAN HARGA mengikut tahap kemahiran

Salah satu cabaran kepada freelancer baharu adalah teknik penetapan harga yang salah. Kaedah meletakkan harga berbeza antara satu sama lain. Ketahui teknik menetapkan harga mengikut kemahiran yang anda miliki dengan menyertai program GLOW PENJANA.

5. MENCARI SUMBER INSPIRASI dari freelancer berjaya

Antara motivasi terbaik sebagai freelancer baharu adalah sumber motivasi dan didikan dari freelancer yang sudah berjaya dalam bidang mereka. Maka untuk melangkah lebih jauh, sebaiknya anda mencari freelancer yang berpengalaman untuk membimbing anda dengan menyertai program Glow Penjana. 


Sumber: Glow Penjana Erezeki



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^