KURSUS INDUKSI SUKARELAWAN MISI7 ONLINE

By Mierayusof - Thursday, July 22, 2021

Hai semua. 


Pernah sertai tak kursus sukarelawan yang dianjurkan oleh mana-mana NGO?

Jika tidak pernah, inilah peluang anda! 

Perkenalkan...


KURSUS INDUKSI SUKARELAWAN SECARA ATAS TALIAN 

Program bermanfaat haruslah dihebahkan bukan?

Anda pernah terlibat sebagai sukarelawan? Sejauh mana anda menjadi sukarelawan? Adakah hanya menjadi sukarelawan dalam memberi barang kepada mereka yang memerlukan.

Pernah terfikir tak untuk memberi sumbangan tu, apakah yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan(NGO) ini? Dari mana mereka jumpa penerima manafaat? Apakah yang dilakukan oleh NGO untuk mengumpulkan dana? Semua ni biasanya diuruskan oleh ahli jawatan kuasa NGO itu sendiri bukan? Anda sebagai sukarelawan hanyalah terlibat dengan aktiviti lapangan sahaja.

Ya, dengan menyertai kursus induksi sukarelawan yang dianjurkan oleh NGO Pertubuhan Sukarelawan MISI7 ini, anda akan didedahkan dengan kerja belakang tabir sebelum bantuan disalurkan.

Anda akan ketahui bahawa bukan mudah sebenarnya urusan belakang tabir ni.

Impak terbesar selepas menyertai kursus ini, anda boleh berdikari untuk membuat program sukarelawan anda sendiri terutama jika anda pelajar universiti.

Tarikh kursus akan dikemaskini dari semasa ke semasa, sila klik pada gambar atau KLIK SINI untuk info lanjut dan tarikh terkini. 



SIAPA PERLU SERTAI KURSUS NI? 

Sesiapa yang berumur 15-45 tahun yang mempunyai minat dalam bidang sukarelawan.

Sesiapa yang tidak tahu ingin mula dari mana untuk menjadi sukarelawan

Sesiapa yang ingin mengetahui kerja belakang tabir sebuah badan bukan kerajaan yang melakukan aktiviti kemanusiaan. 

KURSUS INI PERCUMA ATAU BERBAYAR? 

Kursus ini adalah berbayar dan yuran yang dikenakan hanyalah RM55 sahaja. 

Peserta akan menerima:
1. Sijil penyertaan
2. Sehelai Tshirt MISI7
3. Modul kursus
*Hanya setelah peserta hadir menyertai kursus.

PLATFORM KURSUS

Kursus ini dilakukan di GOOGLE MEET. Peserta DIWAJIBKAN untuk membuka kamera sepanjang kursus berlangsung. 


CARA UNTUK SERTAI KURSUS INI

1. Sangat mudah, segala maklumat telah disedikaan DISINI
*tarikh kursus akan dikemaskini dari semasa ke semasa

2. Untuk mendaftar, boleh hubungi AJK bertugas sama ada sis Amira atau sis Mia 

atau scan QR code dibawah:





Dibawah adalah sebahagian daripada feedback peserta yang pernah menyertai kursus induksi sukarelawan baru-baru ini,








 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^