PENGALAMAN HAMPIR DITIPU AGENSI PEKERJAAN SCAM

By Mierayusof - Thursday, July 08, 2021

Assalamualaikum semua.



Disaat pandemik di negara kita yang masih diparas kritikal ni, pasti ramai yang kehilangan pekerjaan dan amat memerlukan pekerjaan bukan?

Hari ni aku nak cerita la sikit pasal pengalaman aku yang HAMPIR ditipu agensi pekerjaan. Maaf aku tak dapat nak reveal nama agensi pekerjaan tu, kalau korang nak tahu, please pm aku.

Dan maaf juga awal-awal, aku bukan nak burukkan agensi pekerjaan di Malaysia, banyak je agensi pekerjaan yang ok, sebab aku pon pernah kena interview dengan agensi pekerjaan tapi agensi pekerjaan yang aku nak cerita ni, sangatlah meragukan.

Alkisahnya aku apply jawatan 'REGULATORY AFFAIRS TRAINEE'. Requirement dia nak Degree in Pharmacy/Pharmaceutical yang mana aku ni kalau ikutkan tak layak la. Dan kalau ikutkan lagi, untuk position tu, tak perlu pon nak specific kos, selagi SCIENCE background, dah ok dah. Betul tak?

FRESH GRADUATE IS ENCOURAGE TO APPLY - ni requirement kedua. Tapi nanti korang bacalah perkara ke 4 yang aku tulis kat bawah ni, sangat kontra. 

Macamana aku tahu aku hampir ditipu?

Kerana agensi pekerjaan ini menawarkan tawaran yang TOO GOOD TO BE TRUE. Aku selalu letakkan mindset ni sebagai langkah berhati-hati dengan sebarang tawaran.

Mungkin lepas baca ni, korang tak setuju dengan aku. Tapi, selaku individu yang telah menghadapi 8 interview(Termasuk phone interview) dalam masa 2 bulan. 

Antara syarikat yang pernah aku pergi interview termasuklah Gribbles, Genosis lab, MSD(merck), Viroxy, BP Healthcare, Siemens Healthcare. Semua ni company yang dah well establish. 

Mereka semua ni akan buat PRE-INTERVIEW melalui telefon tau, mereka akan call dulu dan pre interview. Jika aku jawab soalan mereka barulah aku ke next stage iaitu ONLINE/FACE TO FACE interview.

 Macam-macam jenis soalan aku dah dengar, aku redha aku tak dapat position yang aku apply tu sebab aku dah buat yang terbaik dan aku yakin rezeki akan datang pada masa yang tepat. 

Tanpa berlengah, aku nak senaraikan perkara yang 'fishy' agensi ni lakukan.

1. TERLALU CEPAT RESPON

Aik, lambat respon bising, cepat respon pun bising. Ya, memang best kalau company yang nak hire tu respon cepat tapi yang 'fishy' nya, TERLALU CEPAT respon.

Ini betul betul terjadi ya, aku emel permohonan kerja DIRECT dekat emel agensi tu pada jam 10am, jam 11am, dia dah reply dan tanya bila boleh buat interview.

Jika ini interview pertama, kemungkinan besar aku akan jadi sangat excited dan menyangka wahh tak susah pun sebenarnya nak cari kerja ni, minta je terus dapat. Betul? Ia seperti berada di alam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata.

2. TERLALU CEPAT NAK BUAT INTERVIEW

Aik, tadi terlalu cepat respon, ni terlalu cepat nak buat interview. Dasar anak muda tak sedar untung! EH sabar jap.

Aku apply: 10am
'HR' respon: 11 am & tanya bila boleh IV
Aku balas: Lusa , 10.30am

'HR' respon: Esok boleh tak? 
Aku balas : Ok boleh, 10.30am?

'HR' respon: 10.30am tak free. 12pm ok?
Aku balas: ok.

Kemudian, HR tu beri aku application form dangan arahan yang SANGAT MERAGUKAN. Teruskan membaca hingga habis.


Jika korang pernah diinterview, mesti korang perasan timeline korang untuk dapat interview tu. Biasanya seminggu ke sebulan selepas korang mohon. 

Ni tak sampai 2 jam mohon, dah terus nak interview. Kalau walkin ke company tu ke or nak minta kerja kilang ke or kerani ke ok la terus diinterview kan. Ni masalahnya PROFESIONAL position kut.

Takkan takde interview stage. Biasanya agensi yang akan tapis permohonan, kemudian dia akan telefon calon untuk buat saringan pertama.

Jika mereka rasakan calon sesuai untuk jawatan tersebut, barulah dia akan beri resume kita ke hiring manager.

Semua tu ambil masa! Bukan secepat 1 hari.

Ni tak, lepas hantar resume, dalam sejam dah tanya bila nak interview, prescreening pun macam takde je. Siapa je tak suspicious.



3. APPLICATION FORM KENA HANTAR DALAM WORD

Tak pernah dibuat orang, hantar borang permohonan kena hantar semula dalam WORD.

Apa motifnya? Supaya senang untuk diedit dan disalah guna?

Part ni memang aku dah rasa lain macam dah.


4. NAK FULL EMPLOYMENT HISTORY

Ni pun aku agak ragu, nak full employment history sedangkan tadi cakap fresh grad is encourage to apply. Katanya nak employment history tu sebab ia merupakan FIRST IMPRESSION TO COMPANY. 

Ya, memang aku ada employment history tapi... sampai nak full employment history.

Aku ni fresh grad kot, what to expect? Has broad experience in position applied? Yang mana position tu ialah trainee je.


5. MINTA LATEST PAYSLIP.

Selama aku minta kerja, kalau recruitment team tanya apa expected salary ke, aku boleh terima lagi. 

Ni sampai minta slip gaji weh, yang mana aku rasa itu PRIVATE & CONFIDENTIAL (PnC). 

Aku nak minta kerja, bukan nak buat loan ASB ke loan rumah ke kereta.



6. KENA SIGN PDPA

PDPA ni Personal Data Protection Act. Walaupun nampak macam wah bagusnya siap jaga personal data kita.

Tapi hampir semua yang ditulis tu meraguskan, antaranya,

WE MAY DISCLOSE YOUR PERSONAL INFORMATION TO OUR CLIENTS, SYSTEM SUPPORT VENDOR, MASTER VENDORS, MEDICAL PANEL, INSURANCE COMPANY, BANKING

Selepas tu ayat dia:

AGAIN WE WOULD LIKE TO ASSURE YOU THAT YOUR PERSONAL DATA IS KEPT CONFIDENTIAL AND WE DO NOT SELL OR RENT THEM TO ANY THIRD PARTIES


7. TARIKH IKLAN EXPIRED

Bila aku cek balik tarikh iklan tu, rupanya 2 MONTH ago. Kejadah dia 2 month ago, lepas tu kita emel apply terus dapat interview. Biasanya kalau 2 month ago ni, job tu dah expired dah.


8. TAK JAWAB SOALAN PENTING

Kalau korang nak attend interview, mesti korang akan buat sedikit research pasal company tu kan? Sekurangnya korang tahu apa main business company tu dan service/produk mereka.

Biasanya kalau melalui agensi ni, mereka tak disclose nama syarikat tu kat iklan, bila kita dapat offer baru dorang bagitahu.

Aku ni tanyalah dengan ayat yang sopan, terang dan jelas. 'BOLEH SAYA TAHU NAMA SYARIKAT YANG AKAN INTERVIEW SAYA? SUPAYA SAYA BOLEH BERSEDIA UNTUK INTERVIEW'.

Kat atas ni ayat aku tapi in englishlah. guess what? Dia tak jawab pun soalan ni. Bukankah masa interview tu hiring manager akan ade sekali? Eh lupa plak ni kan scam, mana ada hiring manager, sebab tu org tu tak jawab soalan ni sebab takde jawapan pun. 

Rasanya cukuplah 8 perkara meragukan pasal agensi pekerjaan ni.

Nasihat aku, tolong jangan percaya tawaran yang TOO GOOD TO BE TRUE sebab kebarangkalian scam tu sangat-sangat tinggi.

Jika korang ada pengalaman ditipu agensi pekerjaan atau apa je yang berkaitan, bolehlah kongsikan diruangan komen. 



 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^