KENAPA KENA LETAK WATERMARK KAT GAMBAR

By Mierayusof - Sunday, September 26, 2021

Hai semua. 


Takde siapa tanya soalan ni kat aku tapi aku nak kongsikan juga perkara ni untuk info kalian yang tak tahu.


APA ITU WATERMARK?

Watermark ni adalah 'signature' atau identiti kita pada gambar, contohnya di blog ni, watermark ialah www.mierayusof.com

Biasanya watermark ni adalah nama platform yang kita guna untuk post tu, contohnya nama fb Aminah, so watermark pun aminah.

Watermark ni boleh jadi tulisan, gambar atau logo. Mana-mana boleh. 

Contohnya dibawah ni, www.mierayusof.com warna merah ni adalah watermark yang aku letak kat gambar ni. 

Kalau nak beli, KLIK SINI >> EARBUDS BEST REALMI


KENAPA PERLUNYA WATERMARK NI?

1. ELAK SALAH GUNA
Ya, jika tak ada watermark, gambar yang kita kongsikan ni berisiko untuk disalah guna oleh pihak yang tak bertanggunjawab.

Seperti yang kita tahu, apa-apa gambar yang kita kongsikan di sosial media ni lebih-lebih lagi gambar personal, walaupun kita set gambar tersebut untuk tatapan kawan-kawan atau saudara, selagi mana ia boleh di save atau copy. Ia berisiko untuk disalah guna.

Mungkin kita fikir, alah gambar ni je .. orang nk guna ikutlah.


WAJIB KE LETAK WATERMARK

Ada yang tak kisah dan ada yang kisah pasal perkara ni. Means tak kisah orang guna gambar yang dia kongsikan. 

Macam aku, aku kisah orang guna gambar yang aku upload. Aku jadi lagi kisah bila orang guna gambar yang aku sendiri ambil dan dia claim tu gambar dia ambil. Amboi amboi amboi.. 

Untuk elak benda benda macam ni, sebab itulah aku letak watermark.

BILA KENA LETAK WATERMARK

Ingat, watermark hanya boleh diletakkan pada gambar yang KITA  adalah pemilik gambar tersebut. Jika kita ambil gambar tersebut dari google, JANGAN LETAK WATERMARK. Itu salah ya!

Itu sahaja.


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^