REVIEW WEBCAM MURAH DAN BERKUALITI DARI SHOPEE MALAYSIA

By Mierayusof - Tuesday, September 14, 2021

Hai semua.


 Kembali kita dalam rancangan dah review ke belumz?


 Adakah anda sedang mencari webcam murah dan berbaloi untuk kelas online atau PDPR?


 Aku salah seorang yang menggunakan video call  untuk kelas dan meeting online.


Mulanya aku guna kamera laptop jer tapi kualiti macam tahun 2002. Yelah laptop beli tahun 2016, kamera mana guna sangat kan.

 

Ada la rasa nak beli webcam tapi tak terbeli pun sebab malas nak survey, risau terbeli yang quality kurang ok.. Tup-tup adik dah  beli dulu di Shopee, jadinya tak perlulah aku beli dah sebab bukannya 24 jam pakai kan. Pinjam je la kan. Sesama adik beradik gitu.  So terjadilah tagline 'adik yang beli, kakak yang review.

 

Disebabkan aku puas hati dengan webcam ni, jadinya aku nak review lah.


 

Ada 4 perkara yang aku nak kongsikan iaitu:

1. Produk Spesifikasi

2. Gambar & harga

3. Review di Shopee

4. Review dari aku

 

Korang baca sampai habis tau sebab panjang aku bebel kat bawah tu...

 

 1. PRODUK SPESIFIKASI *copy paste je dari shopee

 

Item type: Fill light Camera

Usage: Desktop,Laptop,PC etc.

Sensor type: CMOS

Maximum resolution: 3840×2160

Frame rate: 30FPS

Interface: USB 2.0

Need to drive: Free drive

Material: ABS

Cable length: 1.5 meters

Support system: For Windows XP2 or above, MAC, Vista, Win7/8/10 and other operating systems

Support 3D denoising, image enhancement, dynamic contrast enhancement processing function

 💯Package List: 1x Webcam, 1x User Manual, 1xOptional tripod, 1xPacking box

 

2. GAMBAR IKLAN 










 

HARGA

 SHOPEE: RM79-RM89



Tips jimat: Belilah masa harga murah iaitu RM79.99. 

 

 

3. REVIEW DI SHOPEE

Untuk tidak bias, aku pilih komen yang beri 5 bintang sampailah yang beri 1 bintang(yes ada). Yang komen 'delivery lambat, packaging tak kemas, seller tak responsive' tu aku tak pilih.

 Aku ada letak gambar dibawah sebagai bukti, jangan kecam aku mereka-reka review plak. 

 

5 BINTANG

Nice packaging. The image is superb. But the sensitivity of the touch light is below average. Sometimes it detects your touch, sometimes not. Overall it is fine with me.

Webcam is very good, Clear video, microphone sangat clear dan jelas. Before I purchase another webcam tapi microphone sangat annoying. Tapi yg ni microphone dan camera terbaik.


 



2 BINTANG

Honest review: sound quality of the built in microphone is very bad. I had to look up on youtube on how to disable the built in microphone and use my laptop's mic instead. Picture quality was OKAY but when you switch to video, it becomes lagging. Not worth rm89. Seller wasn't responsive.

sound quality for built in microphone is VERY BAD. banyak tersekat sekat. dah record video presentation baru perasan. but camera quality okay cantik je. but definitely NOT worth the price.


1 BINTANG

 Camera ok, cuma kelemahan yg paling besar adelah camera tak boleh autofocus.... So kalo gmbr DEKAT mmg BLUR!!.. tulisan ape smua nampak BLUR... RUGI beli sbb tak boleh focus dan x de auto focus... harga MAHAL utk camera yg x de focus or autofocus function..
komen aku untuk abang ni: bang, kat description takde pun tulis ada autofocus function, baik abang beli microscope ke DSLR ke. 

Peh terang ye. Sila beli jenis yang ni. Berbaloi sebab siap stand. Pastu ada led. Kebanyakkan takda led. Seller pos out barang laju je. Good job seller.



  

4. PERSONAL REVIEW

Bila beli webcam ni, mestilah aspek yang paling utama yang kita nak ianya bagus adalah KAMERA. Betul tak?

LED, built in microphone dan tripod tu sekadar tambahan kepada item utama!

So, bagi aku, as long as KAMERA tu kualitinya ok, should be no problem la.

Memang tak boleh la nak expect dengan harga RM80 tu boleh dapat everything perfect. Oh ya, perfect ni pun subjektif ya, kalau korang baca review kan, majoriti cakap kualiti kamera bagus, ada sorang je hamba Allah ni komplen webcam ni tak de autofokus, korang boleh tengok review 2 bintang kat atas. Masa aku baca tu kan, rasa macam... weh kau beli webcam weh bukannya microscope nak fokus apenya, sedangkan kamera IP yang harganya 5k pun kadang tak autofokus inikan plak webcam.

 

Webcam, kameranya wide angle. So walaupun korang duduk depan laptop sejengkal je, still boleh nampak luas tempat korang tu. 


kamera laptop

HIGHLIGHT OF THE POST

Komen aku mengenai produk ni.

Kamera [5/5]: Gambar clear, for sure BETTER than my laptop's camera. Wide angle, jadi kena hati-hati bila open camera tanpa tak blur background. 

Dari segi delay tu, aku dah test dengan adik aku. takde delay pun, ok je. Entahlah.

 Built in Microphone [3/5]: Tak pernah try sebab aku tapi aku expect microphone sama seperti apa yang direview iaitu kurang dengar, yelah weh speaker tu bukan kat depan mulut korang, jangan diexpect suara korang clear, tu belum masuk ganguaan bunyi sekeliling. Faham kan?

LED [4/5] : Sebelum aku on lampu tu, adik aku ada beritahu yang lampu dia macam lambat detect bila tekan. Tapi bila aku tekan, ok je. Oh, dia bukannlah tekan macam suiz, just sentuh je. Ada tekniknya supaya korang sekali sentuh je terus dia fungsi. hehe

DURABILITY [4/5]: Ada yang komen webcam ni panas lepas 20 minit kan? Salah satu faktornya bila korang on LED tu, ya memang ada rasa panas sikit tapi aku rasa ianya normal kot, sebab aku guna ringlight pun memang akan panas bila guna lama. Tapi takdelah sampai rosak, panas je. 

Harga [5/5]: Ni kena juga komen ke? Aku akui ada webcam yang lagi murah dari ni tapi persoalannya, kamera ok tak kalau yang murah sangat tu? Kalau nak beli yang murah tapi kamera tak ok, tak berbaloi juga pelaburan anda. 

 

Overall aku recommend la untuk korang beli webcam ni, dan sila fokus pada fungsi utama iaitu KAMERA. Sediakan ringlight dan headphone jika korang nak pencahayaan dan suara yang jelas. Bukannya bergantung pada 'webcam' ni.

Kalau ada info yang korang nak tahu, silakan komen, aku akan tambah dekat post ni. 

 

Jika anda seller dan ingin aku review produk anda, boleh pm ye. Tapi pastikan kualiti produk ok. Kalau tak ok, aku tak review ye. 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

 

Credit gambar: Shopee Malaysia

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^