SENARAI SYARIKAT YANG AKU PERNAH DIINTERVIEW

By Mierayusof - Monday, September 13, 2021

Hai semua.


Hari ni aku nak kongsikan senarai syarikat yang aku pernah dapat jemputan interview sama ada phone interview atau video interview.




Kalau korang pun ada dapat interview daripada syarikat kat bawah ni, bolehlah kongsikan pengalaman korang. Dan bagitahulah dapat ke tak offer lepas interview tu.

Untuk korang yang masih mencari kerja, aku doakan korang semua dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan akademik dan skills yang korang ada. Yang penting jangan putus asa k.

Jangan takut untuk nego gaji kalau korang ada degree walaupun fresh graduate. Tapi nak nego pun kena tengok juga la tu company macamana, kalau company besar MNC, bolehlah nak nego RM2,500+. Kalau company kecilan je, pandai2lah kawtim. 

Semua permohonan ni aku guna resume aku yang tak mesra ATS. Alhamdulillah still dipanggil interview. Mungkin dorang tak guna ATS ke, wallahu 'alam.

Kenapa aku berani dedahkan syarikat yang pernah interview aku? 

Sebab utamanya adalah aku sendiri adalah salah seorang yang pernah search 'pengalaman interview .....(nama syarikat), tapi malangnya tak ramai blogger yang tulis pasal ni.


Sebab tulah aku terpanggil untuk kongsikan pengalaman aku, untuk manfaat adik-adik/abang kakak pakcik yang tercari-car review pengalaman interview.

Jangan risau, aku tak dedahkan pun benda-benda yang PnC seperti gaji dan benefit, kang tak pasal-pasal dapat surau cinta dari syarikat tu. Korang pun janganlah tanya benda yang aku tak kongsikan sebab aku pon tak tahu jawapannya.

Mulanya aku tak nak kongsikan sebab fikir, ala bukan dapat pun tawaran lepas interview kecuali satu dua syarikat. Tapi, aku cuma nak kongsikan pengalaman aku. Manalah tahu korang pun ada pengalaman lebih kurang atau berbeza ke. Bolehlah kongsikan. 

Semua ni aku dapat tawaran interview melalui portal cari kerja. Organic apply.

TANPA guna mana-mana kabel sedara, kawan-kawan mahupun stranger.

Position yang aku apply kebanyakannya Medical Laboratory Technologist dan Customer Service tak silap. Sebab tu korang nampak position sama je yang aku dapat. 

Aku masih dalam proses untuk tulis cerita disebalik setiap interview, jadi, korang klik je kat setiap nama syarikat tu untuk tahu ceritanya. 



1. Gribbles HQ  - Wisma Tecna
Jawatan: Medical Lab Technologist (MLT)

1.1 Gribbles COVID lab (Quantum Diagnostic) - Wisma Kemajuan
Jawatan: Medical Lab Technologist (MLT)

2. Gnosis Laboratories - USJ 21
Jawatan: Medical Lab Technologist (MLT)

3. BP Healthcare - Glenmarie
Jawatan: Medical Lab Technologist (MLT)

4. Siemens Healthcare
Jawatan: In Vitro Application Protege

5. Viroxy Sdn Bhd
Jawatan: Business Development Executive

6. Admiral Asset Production - Jobstreet
Jawatan: Graduate Management Trainee - p

7. Asia Innovation Group
Jawatan: Customer Service Executive

8. Medicas Genomics - Jobstreet
Jawatan: Produk Specialist (Business Development)

9. Brandt International
Jawatan: Customer Service

10.Maybank 
Jawatan: Telesales Executive

11. Bjak
Jawatan: Customer Service (Inbound Call)

12. Merck, Sharp and Dohme(MSD)
Product Specialist

Sebenarnya ada lagi satu syarikat yang aku pergi interview dan dapat kerja tu malahan aku sedang bekerja di syarikat tu sekarang. Tapi yang tu aku tak nak cerita lagi, Inshallah aku cerita 6 bulan akan datang ye. 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^