PENGALAMAN GUNA IPHONE XS SELAMA 3 TAHUN 2019-2021

By Mierayusof - Wednesday, October 20, 2021

Hai semua. 


Anda berhajat nak pakai Iphone ke?

Betul ni nak pakai iphone? Tahu kan kos repair mahal? Screen fon je beratus-ratus. 

Kalau jatuh ip tu, screen crack, menangis bucu katil la nak repair kat authorize centre. 

Oleh itu... 

Tak nak tahu ke pengalaman sis yang dah guna iphone selama 3 tahun?

Disebabkan ada orang tanya aku, 'ok ke pakai iphone ni? ' berapa lama pakai ip?' ada masalah tak?

So aku nak kongsikanlah pengalaman aku...

So far aku pakai ip ni dari JANUARI 2019 sampailah saat aku tulis post ni iaitu OKTOBER 2021. Lama jugaklah kan, ni satu-satunya fon yang aku guna sepanjang 3 tahun ni. 

Fon aku sihat waafiat.

Pernah problem tak?

PERNAH, tapi minor jer, fon software jem. Puncanya sebab masa tengah update IOS tu, aku guna wifi, Lepas tu aku tak sedar yang fon aku tengah update IOS, aku pon pergila kat kawasan yang tak dapat wifi, tengok2 fon aku jem. TU je puncanya! Kos repair RM50 sebab aku pergi Apple centre. Walaupun masa tu fon aku masih under warranty tapi disebabkan 'kerosakan' tu ialah software, ia tak dicover dlm warranty. 

Masalah lain memang tak pernah alami langsung macam face id prob, ghost touch etc tu. Takde.

Lag? Ape tu? Tak wujud ye walaupun 3 tahun guna dengan memori 64gb je.

Bateri health ok tak lepas 3 tahun?
Mestilah tak ok, 3 tahun kot, kadang guna untuk main game, kadang guna sambil cas fon, SO memang merudum lah bateri health tuu... takkan makin naik plak kan. Bateri aku takat ni dah 77%, sebenarnya still OK kalau dah 3 tahun pakai. Kalau baru setahun pakai dah 70% maksudnya kau tak pandai jaga fon, Aku sarankan pakai android je lah. 


Ada rasa nak tukar/upgrade fon tak?
Rasa tu memang lah ada tapi aku rasa fon ni elok je lagi, kalau tak tukar pun takpe, Aku plan nak pakai sampai 5 tahun, So ada baki lagi 2 tahun sebelum tukar fon baru.

Hehe. 

Btw untuk yang tak tahu tu, aku guna ip ni sebab aku menang hadiah contest Grab, tak percaya boleh baca >> AKU MENANG IPHONE XS




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^