REVIEW HOTEL SWISBEL KUANTAN TANJUNG LUMPUR

By Mierayusof - Saturday, October 23, 2021

Hai semua. 


Post yang lalu sis ada kongsikan info Hotel Swissbel ni.

Baca >> Info hotel Swisbel Tanjung Lumpur 

Post ni khas sis tulis untuk review hotel ni, mula-mula plan nak tulis dalam 1 post tapi rasa macam mengganggu plak jadi sis tulis berasinganlah.








EPISOD 1: TEMPAH HOTEL

Selepas survey beberapa website booking hotel, sis ambil keputusan untuk tempah direct di website je iaitu DISINI. Kenapa? Sebab harga di website lebih murah... 

Sis tempah hotel ni takdelah in advance sangat. Sis booked awal 3 hari je. jadinya harga tu takdelah dapat murah sangat. Tahu-tahu jelah kalau nak booked hotel ni, tambah plak time orang semua pakat bercuti ni, plus weekend, Memang mencanak sikit lah harga tu. Ada sis kisah? hehe.

EPISOD 2: CHECK IN HOTEL

Checkin hotel ni pukul 3pm ye, bukan pukul 2pm. Aku faham je sebab hotel ni besar kut weh. Bayangkan yang check out pukul 12 tu, then dorang ada masa 2 jam je untuk bersihkan bilik semua sebab pukul 3pm guest baru nak checkin, Sempat ke? Perghh...

Sis sampai sini dalam jam 3.20pm. Beratur kereta weh nak masuk kat guard tu, lepas tu tengok kat lobi ramai orang tengah beratur nak checkin.

Yang checkin hotel tu sis lah sebab sis yang booking, deposit macam biasa lah kena bayar kan. Sebab sis booked 4 bilik, jadinya deposit yang sis kena bayar RM200 instead of RM100. Jangan risau, deposit ni dipulangkan semula bila kita checkout.

EPISOD 3: REVIEW BILIK

Sis tempah 4 STUDIO CITY VIEW sebab tu je yang paling murah. Kalau fikirkan memanglah best kalau ambil sea view kan sebab dapat lihat laut tapi sebab fikir amek yang murah sikitlah. Ceh.

Bila checkin tu kan, rupanya memang city view lagi best weh sebab kau dapat tengok keindahan bandar kuantan. Kalau malam lagilah lawo, tak caya boleh tengok gambar yang diambil oleh adik aku ni.

Kalau bilik sea view, malam kau nak tengok apa? Tengok laut? Nampak ke? hehehe. Tapi apa pun ikut koranglah kalau memang nak tengok laut siang malam, ambillah bilik sea view tu. 

Tak rugi mata memandang bila ambil city view ni.

Saiz bilik puas hati sebab studio size kan, berpatutan dengan harga bilik. Ada mini pantry, ada ruang tamu untuk lepak walaupun sebenarnya nak lepak atas katil je.


EPISOD 4: LIF DAN KAD AKSES

Lift ada dekat dengan lobi, tak susah pun nak cari. Nak naik lif kena ada access card iaitu kad bilik. Kalau anda datang berempat ke, dan gerak asing tapi 1 bilik. Seeloknya minta access card lebih, klau tak jadi macam mak aku, nak pergi tingkat 17 tak lepas sebab takde kad.

Yang kelakarnya, mak aku naik dulu lift kemudian baru aku naik. Lepas tu kan, aku dah sampai bilik. Tapi mak tak sampai lagi. Eh mana plak mak ni. Rupanya mak tak lepas naik sebab takde kad. Aduhai....

EPISOD 5: KOLAM RENANG


Kat hotel ni ada kolam renang, besar jugalah,tapi kalau dah guest pun ramai. Memang tak cukup lah kolam renang tu. Aku memang tak mandi kolam. Aku cuma teman supupu aku yang kecil tu je, Kolam masa tu sangat padat ye, takut aku tengok tapi orang yang mandi tu macam tak takut je. Bukan ape, bilaa ramai sangat dalam kolam, keacidan air berubah dan ia mendorong kepada penyakit. Aku tak berapa pro sangat bab ni tapi point dia is- berisiko mendatangkan penyakit.

EPISOD 6: MINUM PETANG

Petang-petang kalau korang rasa nak makan satar ke otak-otak ke sotong ke udang celup tepung ke kan, instead of korang pergi cari kedai yang jual, korang boleh tempah je kat Grab atau Foodpanda. Harga tu takdelah murah macam makan kat kedai tapi berbaloilah daripada kena hadap panas.


EPISOD 7: MAKAN MALAM

Depan hotel ni ada restoran Ana Ikan Bakar Petai 2 yang sangat terkenal jika anda datang ke Kuantan. Tapi, tak yah cakaplah full house weh. Kalau nak datang makan kena datang petang pukul 5 camtu, Kalau lepas maghrib baru nak datang, sila expect pukul 9 lah baru siap makan. TU belom kena beratur panjang lagi. Jadinya, kalau nak makan sini, booked awal-awal sehari atau dua hari sebelum. Kalau petang tu checkin, petang tu juga nak booked, memang full. Boleh walkin tapi nasiblah.

Sebelah dia ada Restoran Super Top, restoran ni besar juga dan ramai orang. Aku pernah makan sini dan..... no komen.. Lain orang lain pengalaman kan. 

Depan sikit ada restoran Mail Ikan bakar. Ni pun terkenal jugak macam Ana Ikan bakar tu dan ramai orang.

Aku dan keluarga tak pergi makan kat dua tempat ni sebab masa tu lepas maghrib. So kami ke restoran berdekatan situ. Tak nak bagitahu restoran apa nanti yang baca blog ni semua pergi restoran tu lepas tu nanti aku nak pergi restoran tu, penuh...

Cadangan aku, korang lalu je kat sepanjang jalan tu nanti korang nampaklah kedai makan  yang ada tulis ikan bakar tu, korang makan je kat situ kalau nampak tak ramai orang. Tak ramai orang bukan bermakna tak sedap tau tapi sebab tak viral jer. Percayalah!!!


EPISOD  TERAKHIR: NIGHT VIEW

Waktu malam korang boleh tengok permandangan laut dari lobi.


RECOMMEND TAK?

Yes! Aku recommend untuk korang staycation kat hotel ni jika ia kena dengan bajet korang. Biasa hotel tepi laut ni memang mahal sikit tau berbanding hotel biasa.

Harga hotel ni lebih kurang macam Zenith hotel lah tapi aku rasa sini lagi berbaloi sebab VIEW dia. Tapi Zenith pun not bad sebab depan tu shopping mall. hehe.

AKu suka dua-dua!!!


Ok lah itu je. Terima kasih sudi baca. 






 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^