Thursday, 25 November 2021

Tuesday, 23 November 2021

TIPS SEBELUM BELI RUMAH PERTAMA

Hai semua.

KLIK SINI UNTUK BACA  



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Monday, 22 November 2021

CARA KIRA LOAN RUMAH YANG LAYAK MOHON

Hai semua. 

Ni sis nak kongsikan satu website yang anda boleh gunakana untuk jangka berapa loan yang anda boleh mohon. 



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Sunday, 21 November 2021

PENGALAMAN POTONG GELANG LEPAS HABIS KUARANTIN DI PKD PETALING

Hai semua. 

Hari ni hari terakhir aku kuarantin dan boleh potong gelang.

Aku ni kontak rapat dengan tokki aku. Result RTK aku NEGATIF jadinya aku tak buatlah PCR sebab mahal. Kalau RTK positif baru aku nak buat yang test PCR. Korang boleh je buat PCR tu kat KK tau, percuma je.

Saturday, 20 November 2021

PENGALAMAN 'URUSKAN' JENAZAH PESAKIT COVID

Hai semua. 

Walaupun tajuk sedemikian, yang sebenarnya aku nak kongsikan apa yang keluarga aku buat untuk uruskan jenazah arwah tokki aku dari Hospital Sungai Buloh untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Setali, Kuantan.

Friday, 19 November 2021

PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA SELURUH MALAYSIA

Hai semua. 

Aku nak kongsikan satu NGO iaitu PERTUBUHAN KEBAJIKAN PRIHATIN AFIZ AYUB yang menawarkan khidmat pengurusan jenazah percuma seluruh Malaysia merangkumi:

MANDI, KAFAN, PENGHANTARAN


Semuanya dilakukan dengan PERCUMA.

Boleh hubungi mereka di talian 0123454409 ATAU emel di afizayubfoundation@gmail.com




Aku dah pernah guna khidmat mereka ni. Mereka sangat membantu uruskan urusan penghantaran jenazah tokki dari Hospital Sungai Buloh ke Kuantan.


Semoga Allah rahmati team Afiz Ayub ni. Hanya Allah yang mampu balas jasa baik kalian. 

Recommended!!!

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Wednesday, 17 November 2021

AKU DAN TOKKI - PART 2

Hai semua. 

BACA >> PART 1 

Dalam part 2 ni plak aku nak cerita kronologi tokki sebelum tokki tinggalkan kami selamanya.

Tokwan tinggalkan kami September 2019.

PKP melanda bulan Mac 2020. So tahun lepas, kiteorang jumpa tokki beberapa kali je iaitu masa hari raya aidiladha bulan 7, 8, bulan 10 masa tunang sepupu aku dan bulan 12. Sebab kejap boleh rentas negeri sekejap takboleh.

Untuk tahun 2021 plak, first aku jumpa tokki masa bulan pertengahan bulan 10 lepas dah boleh rentas negeri.

Itu first aku jumpa tokki setelah 10 bulan tak jumpa disebabkan larangan rentas negeri.

Masa tu tokki sihat je, mampu tersenyum, mampu bergurau. Aku tengok tokki solat pun macam biasa. 

Masa tu kitaorang pergi checkin di Swissbel hotel, adik lelaki aku sebilik dengan tokki. Aku tengok tokki happy je, senyum, buat lawak ape semua. Memang tak de tanda apa-apa lagi.


Bulan 11 plak, hari Deepavali 4/11 tu mak balik kampung dengan adik lelaki aku, hari sabtu mak balik sini semula, tokki ikut. Ni KALI PERTAMA ye tokki nak ikut tidur rumah aku, last aku rasa masa 2019 yang nak pergi Singapore. Itupon tokki datang rumah aku sebab tokki naik kereta kitaorang pergi Singapore. Masa tu aku ikut sekali.

Sebelum tu lagi, memang tokki tak nak pergi rumah aku.


Seminggu sebelum tokki pergi iaitu 4/11 tu, kan hari sabtu 6/11, mak bawak tokki sekali. Kebetulan masa mak sampai rumah, aku ikut abang aku keluar pergi mall. 

So kami balik tu, semua ada kat rumahlah termasuk tokki aku. Petang tu, mak & adik aku nak keluar pergi kedai. So tinggal lah aku, tokki dan adik perempuan aku je kat rumah.

Masa tu aku tak perasan lagi tokki dah lain macam sebab aku ingatkan takde ape. Bila mak aku cakap tokki tak dapat kawal urine dia tu. Pun aku tak fikir ape sangat sebab tokki memang ada sakit area tu.

Tetapi bila tokki mula cakap benda bukan-bukan, start tu aku dah rasa lain macam. Ni aku cerita kat part 3 finale ye. Part 3 ni jugak ade video yang aku buat as tribut terakhir untuk tokki. 




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Tuesday, 16 November 2021

AKU DAN TOKKI - PART 1

Hai semua.

Aku menulis ni untuk mencoret kenangan aku dan tokki. Waktu aku tulis ni, aku mungkin ingat 90% peristiwa aku dengan tokki, tapi 10-15 tahun akan datang, jika aku masih hidup, tak mustahil aku cuma ingat 50% je, itupon peristiwa yang penting.

Jadinya aku nak tulis kat sinilah untuk tatapan aku bila dah tua nanti.

PENGALAMAN BURUK DENGAN EJEN TAKAFUL - PART 3 FINALE

Hai semua. 

Sebelum anda baca part 3 ni, pastikan anda sudah baca...

BACA >> PART 1
BACA >> PART 2 

Part 2 haritu kan aku dah beritahu kat ejen tu yang aku nak terminate dan jawapan ejen tu, KENA PERGI KAUNTER. TAK BOLEH ONLINE 

Monday, 15 November 2021

INCOME BLOGGINGKU - part 1

Hai semua. 

Seperti yang korang tahu, youtuber menjadikan youtube sebagai platform dorang untuk dapat income. Lebih banyak view, semakin banyak duit dorang dapat. Duit ni dalam USD tau. So walaupun nilainya 100USD, jika diconvert, besar juga. Apatah lagi kalau 10,000 USD sebulan, perghh masyukkk....

Tetapi untuk menjadi seorang Youtuber, kena creatif.

Sunday, 14 November 2021

JADIKAN UPWORK SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN UTAMA

Hai semua. 

Aku ada berita baik untuk anda yang kehilangan pekerjaan atau yang sudah tidak mahu bekerja makan gaji.

Saturday, 13 November 2021

PENGALAMAN KERJA DI UPWORK

Hai semua. 

Hari ni aku rajin nak tulis pasal pengalaman kerja aku sebagai seorang freelancer di Upwork.

Aku mula kenal Upwork dan Freelancer ni bila aku daftar program GLOW-PENJANA.

Nak dapat job di Upwork ni bukan senang je kalau korang tak ada experience dan job yang korang minta tu ramai yang bid.

Friday, 12 November 2021

MAKSUD GELANG BIRU

Hai semua. 

Tertanya-tanya apa maksud gelang biru yang dipakai? Adakah bermaksud negatif? Positif? close contact? casual contact atau macamana?

Wednesday, 10 November 2021

PENGALAMAN KENA 'TIPU' DENGAN EJEN TAKAFUL - PART 2

Hai semua. 

Dalam part 2 ni, aku nak kongsikan ape respon ejen ni bila aku cakap nak terminate.

BACA >> PART 1 

Aku ingat lagi, aku ada tanya ejen ni, letsay aku nak terminate pada tahun ke 5 kan, adakah aku akan dapat semua duit yang aku saving dan dividen?

Monday, 8 November 2021

CARA ISI BORANG PERKESO EIS UNTUK PESARA AWAL

Hai semua. 

Hari ni aku nak kongsikan cara untuk anda isi borang EIS (Employment Insurans System).

Untuk sesiapa yang diberhentikan kerja/bersara/VSS, anda boleh dapat elaun pekerjaan 6 bulan jika isi borang ni.

Ni aku kongsikan sebab aku tolong mak aku isikan. Almaklumlah dah tua2(mak aku ye bukan aku) ni tak mahir sangat. Itulah gunanya ada anak untuk tolong part teknologi ni.

PROSEDUR CARA TERMINATE PLAN ENRICH REZEKI AIA

Hai semua. 

Aku nak kongsikan cara terminat plan enrich rezeki AIA. Untuk plan lain, aku tak tahu sama atau tidak prosedurnya. 

Apa yang aku nak kongsikan ni untuk anda yang ingin membatalkan plan anda dalam tempoh masa 15 hari, jika anda ingin batalkan setelah lebih 15 hari plan anda, anda kena confirmkan dengan AIA sebab borang yang diperlukan berbeza. 

APA PERLU BUAT JIKA KONTAK RAPAT ?

Hai semua. 

Harini aku nak kongsikan apa yang anda perlu buat jika anda disahkan kontak rapat. perkongsian ni adalah tindakan yang aku buat bila aku disahkan kontak rapat pesakit COVID19.

TINDAKAN PERTAMA: UPDATE mysejahtera di bahagian COVID-19 status. Soalan nombor 5 iaitu ADAKAH ANDA ADA CONTACT RAPAT DALAM MASA 14 HARI? Tandakan 'YA' dan isi selanjutnya. 

Monday, 1 November 2021

PENGALAMAN KENA 'TIPU' DENGAN EJEN TAKAFUL - PART 1

Hai semua. 

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku berurusan dengan ejen takaful untuk urusan investment dan saving.

Aku akui disaat aku menulis ni, aku sedar yang its a BIG NO TO SAVING/ INVEST YOUR MONEY IN TAKAFUL COMPANY

Whatever reason yang ejen tu cuba perdaya korang, dividen tahunan fix 20% ke, 30% ke, guarenteed dividen ke ape jadah semua tu. Tanam dalam kepala hotak korang yang TAKAFUL IS FOR PROTECTION ONLY. NOT FOR SAVING/INVEST. 

Kalau korang rasa tak puas hati lagi, klik kat link yang aku bagi kat episod 3. Baca dan hadamkan. 

Aku harap korang ambil iktibar daripada cerita aku ni dan jangan repeat apa yang aku buat.