AKU DAN TOKKI - PART 1

By Mierayusof - Tuesday, November 16, 2021

Hai semua.


Aku menulis ni untuk mencoret kenangan aku dan tokki. Waktu aku tulis ni, aku mungkin ingat 90% peristiwa aku dengan tokki, tapi 10-15 tahun akan datang, jika aku masih hidup, tak mustahil aku cuma ingat 50% je, itupon peristiwa yang penting.

Jadinya aku nak tulis kat sinilah untuk tatapan aku bila dah tua nanti.

So, untuk part 1 ni. Aku cerita kisah aku dan tokki masa aku sekolah menengahlah.

Sebab masa sekolah rendah, memori tu dah terhapus dari kotak ingatanku.

Alkisahnya masa aku form 1 sampai form 3, aku kan sekolah kat kampung aku.

So, bila minggu balik tu. Orang yang akan ambil aku ni ialah tokki aku. Kalau bukan tokki yang ambil, pakcik aku yang akan ambil. Tapi selalunya tokki lah yang ambil.


Kadang aku tidur rumah tok, kadang rumah pakcik aku, kadang rumah makcik aku satu lagi. Balik rumah tu kat Shah Alam tu agak jarang jugalah.

Bila aku tido rumah tok, yang ada kat rumah tok ni cuma tokki dan tokwan. So adanya aku tu jadilah bertiga. Masa tu kan aku 13 tahun, so tak berapa sangatlah nak masak lauk pauk ni. So tokwan aku lah yang masakkan. Masa tu tokwan sihat lagi.

Tokki plak jenis pagi-pagi akan keluar beli sarapan dan surat khabar. 

Tokki dan tokwan ni kira macam penjaga aku lah masa aku kat kuantan berbanding mak aku. yelah, mak kat Shah Alam, aku kat Kuantan. Takkanlah sakit pening nak suruh mak datang kan.


Jadinya...

Bila aku tak sihat, aku call tokwan, lepas tu tokki datang ambil bawa g klinik.

Bila aku nak makan nasi lemak hari ahad, aku call tokki minta hantarkan.

Bila aku kena balik rumah sebab kat asrama takde air, aku call tokwan.

Bila ada apa-apa kat asrama, tokki dan tokwanlah yang datang.

Tokki dan tokwan ni memang layan jelah kerenah aku ni sebab aku je the only cucu yang tinggal dengan dorang. Masa tu sepupu (anak pakcik) aku semua kecik-kecik lagi. Yang dah besar masa tu aku jelah yang selalu dengan tokki dan tokwan.

Tokki aku ni jenis peramah, periang dan suka gurau tau.

So, memang tak stresslah dengan tokki ni. Ko ajak tokki pergi mana-mana je, tokki onz je kalau sihat.

Makan pun tak kisah, makan je ape ada.

Ramailah orang kampung ni kenal tokki, kawan-kawan sekolah aku pon kenal tokki. Cikgu sekolah pun kenal sebab tokki ni suka naik motor, pergi kedai tu kedai ni, borak dengan orang tu orang ni.

Kadang kawan aku cakap kat aku 'weh mira, haritu aku nampak tokki kau naik motor dengan tokwan'.

'Tokki awak sihat ke?"

Oh ye, jiran aku kat sini pun ada yang kenal tokki.

So tokki ni memang aku sayang giler lah sebab dia the only one TOKKI dalam hidup aku. Sebab tok belah ayah aku dah meninggal sebelum aku lahir. Aku plak kurang kasih sayang ayah kan. So, tokki ni lah 'ayah aku'. 







 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^