AKU DAN TOKKI - PART 2

By Mierayusof - Wednesday, November 17, 2021

Hai semua. 


BACA >> PART 1 

Dalam part 2 ni plak aku nak cerita kronologi tokki sebelum tokki tinggalkan kami selamanya.

Tokwan tinggalkan kami September 2019.

PKP melanda bulan Mac 2020. So tahun lepas, kiteorang jumpa tokki beberapa kali je iaitu masa hari raya aidiladha bulan 7, 8, bulan 10 masa tunang sepupu aku dan bulan 12. Sebab kejap boleh rentas negeri sekejap takboleh.

Untuk tahun 2021 plak, first aku jumpa tokki masa bulan pertengahan bulan 10 lepas dah boleh rentas negeri.

Itu first aku jumpa tokki setelah 10 bulan tak jumpa disebabkan larangan rentas negeri.

Masa tu tokki sihat je, mampu tersenyum, mampu bergurau. Aku tengok tokki solat pun macam biasa. 

Masa tu kitaorang pergi checkin di Swissbel hotel, adik lelaki aku sebilik dengan tokki. Aku tengok tokki happy je, senyum, buat lawak ape semua. Memang tak de tanda apa-apa lagi.


Bulan 11 plak, hari Deepavali 4/11 tu mak balik kampung dengan adik lelaki aku, hari sabtu mak balik sini semula, tokki ikut. Ni KALI PERTAMA ye tokki nak ikut tidur rumah aku, last aku rasa masa 2019 yang nak pergi Singapore. Itupon tokki datang rumah aku sebab tokki naik kereta kitaorang pergi Singapore. Masa tu aku ikut sekali.

Sebelum tu lagi, memang tokki tak nak pergi rumah aku.


Seminggu sebelum tokki pergi iaitu 4/11 tu, kan hari sabtu 6/11, mak bawak tokki sekali. Kebetulan masa mak sampai rumah, aku ikut abang aku keluar pergi mall. 

So kami balik tu, semua ada kat rumahlah termasuk tokki aku. Petang tu, mak & adik aku nak keluar pergi kedai. So tinggal lah aku, tokki dan adik perempuan aku je kat rumah.

Masa tu aku tak perasan lagi tokki dah lain macam sebab aku ingatkan takde ape. Bila mak aku cakap tokki tak dapat kawal urine dia tu. Pun aku tak fikir ape sangat sebab tokki memang ada sakit area tu.

Tetapi bila tokki mula cakap benda bukan-bukan, start tu aku dah rasa lain macam. Ni aku cerita kat part 3 finale ye. Part 3 ni jugak ade video yang aku buat as tribut terakhir untuk tokki. 




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^