PENGALAMAN KENA 'TIPU' DENGAN EJEN TAKAFUL - PART 1

By Mierayusof - Monday, November 01, 2021

Hai semua. 


Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku berurusan dengan ejen takaful untuk urusan investment dan saving.

Aku akui disaat aku menulis ni, aku sedar yang its a BIG NO TO SAVING/ INVEST YOUR MONEY IN TAKAFUL COMPANY

Whatever reason yang ejen tu cuba perdaya korang, dividen tahunan fix 20% ke, 30% ke, guarenteed dividen ke ape jadah semua tu. Tanam dalam kepala hotak korang yang TAKAFUL IS FOR PROTECTION ONLY. NOT FOR SAVING/INVEST. 

Kalau korang rasa tak puas hati lagi, klik kat link yang aku bagi kat episod 3. Baca dan hadamkan. 

Aku harap korang ambil iktibar daripada cerita aku ni dan jangan repeat apa yang aku buat. 

Aku cerita ikut episodlah supaya senang korang nak faham.

EPISOD 1: SIMPAN DUIT SELAIN DI ASB

Selain ASB, memang ada je platform lain untuk simpan dan beranakkan duit seperti Tabung Haji, Regular Saving Plan dan sebagainya. ASB ni memng pilihan utamalah sebab ia kalis rugi. Kau simpan RM10,000, kau boleh bawak keluar semula RM10k tu bila-bila masa dan tak terikat dengan apa-apa. Sebab ASB ni memang platofrm untuk letak duit kau. Cukup hujung tahun, dapat dividen. 

Selain ASB, ada 1 lagi yang terkenal iaitu ASBF, ni lagi bestlah dari ASB sebab dividen ikut jumlah yang kita hutang tu, contoh loan 200K, dividen 3% bersih, so dapatlah RM6,000. So if korang dah bayar RM800 sebulan which is setahun ialah RM9600. Walaupun RM6,000-RM9,600 tu nampak macam tak balik modal. Tapi kalau betul korang tahu caranya, korang boleh untung jugak sebab ada kiraan principal ape semua. Ni aku tak nak kupas banyak2 sebab aku hanya tahu gitu-gitu je. 3% tu aku ambil dividen terendah iaitu 3%, Kalau sembang dengan ejen ASb, maybe dorang petik dividen 5-7%. yang tu memang balik modal lah ceritanyaaa... hehe.

Selain tu, ada ke yang boleh lawan dividen ASB ni? Kalau ada, marilah persembahkan(bentangkan) kat aku. 

EPISOD 2: AKU DAN EJEN TAKAFUL

Abu(bukan nama sebenar) ni ejen takaful yang aku contact ni bukanlah ejen yang aku tangkap muat je. Maksudnya yang aku jumpa di facebook atau ig. A ni aku mula-mula jumpat kat LinkedIn, aku tengok profil dia MACAM ok, dia ada certified related in Unit Trust. Dan Ejen satu syarikat takaful yang tengah hot. 

Aku plak pada mulanya memang impress lah dengan syarikat takaful ni sebab aku tengok ejen dia bersepah, lepas tu ramai yang cakap bagus, if nak masuk hospital, cepat jer diterima etc. 

Si A ni memang aku target nak contact dialah sebab aku expect dia tahu pasal medical card, investment dan unit trust. 

Dari post-post dia, mulanya aku fikirkan yang dia ni betul-betul nak bantu orang dalam financial sebab ada lah beberapa post dia ni yang dia beritahu dia tolong sorang ni untuk urus kewangan, labur duit dengan bijak. 

Hakikatnya dia nak bantu orang lain untuk bantu dia dapat komisen lebih cepat dan banyak!

EPISOD 3: EJEN MULUT MANIS?

Nak jadi mana-mana ejen pun, tak kisahlah ejen takaful ke hartanah ke asb ke, mulut mesti manis. Nak tahu manis madu ke gula, JANGAN tanya ejen. Kita GOOGLE je. AKu suka baca mulut bawang kat carigold dan lowyat forum sebab kat situlah true color sesuatu tu diketahui! Tak percaya boleh cuba baca >> ASBF 200K VS A** ENRICH 25 YEARS SAVING PLAN 

Mula-mula kau baca, kau akan impress, tetapi setelah kau go through semua komen sampailah page terakhir. Korang akan mula jumpa FAKTA dekat komen no #45, kat page 5 yang ditulis oleh z**n* **tm82. Kat bawahh sekali aku ada attach screenshot tu incase korang tak jumpa. 

Ok, apa AYAT MANIS YANG BUAT AKU TERGODA TU?

Untuk jadi ejen yang berjaya, kau mesti pandai impress client dengan UNIQUE SELLING POINT(USP). Tekankan USP ni kat client. 

Ni USP yang client aku beritahu.... 

Duit boleh simpan kat dua tempat iaitu:

1. Plan kayakan rezeki(bukan nama sebenar)
2. Unit Trust 

Dalam plan kayakan rezeki ni ada dua akaun iaitu:
1- Akaun protection
2- Akaun investment
Kata ejen tu, dua-dua akaun ni beranak pinak. Jadi, kalau tetiba nak guna duit, boleh keluarkan kat akaun investment. Akaun protection tak boleh keluarkan,sebab memang khas untuk retirement. p/s: plot twistnya ialah kalau ko keluarkan duit sebelum matured 20 tahun, kau rugi!!!!

'KELEBIHAN' PLAN ni...  

Kontrak 20 tahun, tapi perlu bayar untuk 10 tahun je sebab mula tahun ke 11, duit tu akan 'beranak', kata ejen. Tempoh matured pula 20 tahun. 

Setiap tahun dapat DIJAMIN dapat FIX DIVIDEN seperti dibawah:
Tahun ke-2 sehingga ke-5, dapat dividen 10%.
Tahun ke-6 sehingga ke-10, dapat dividen 20%.
Baki akhir tahun dapat dividen 30%. 

Siapa je tak nak DIVIDEN 30% , masyukkkk. 


EPISOD 5: PAHIT TAPI BENAR

Punyalah cerdik aku ni, terpedaya dengan dividen 30% tu, tanpa buat research dengan lebih lanjut. Aku pon sign up lah plan tu... 

Masa tu aku belum tengok lagi polisi, dan aku tak tahu pun ada yuran ke ape sedangkan benda tu basic knowledge lah in takaful!!! Pity me...

Aku tengok polisi kan, fee tu untuk tahun pertama sebanyak 65% weh. Dan setiap tahun ia akan menurun 10%. So, dorang pusing kat situ...  Aku rasa macam buat amal jariah tanpa rela plak sebab potongan tu. 

Aku cuba explain dalam bahasa mudah...

Dia macam ni, umpama kau menabung setahun RM10,000. Kau dapat dividen 10%, so duit kau jadi RM11,000 kan? Nampak macam banyak kan? 

Tapi, dalam masa yang sama, dia tolak duit kau 65%(untuk semua fee yang ada), so balance daripada Rm11,000 tu cuma RM3,850. Tahun kedua, kau dapat lagi dividen 10%, total kau 'simpan' dah jadi RM21,000, tambah dividen 10%, jadilah 'RM23,1000'. Wow nampak macam banyaklah kan, bayar baru RM20,000, tapi duit dah beranak jadi RM23,100 dalam masa 3 tahun. Belum lagi tunggu masuk tahun ke 10, dividen 30% bhaiiii.... 

Hakikatnya duit kau cuma ada RM3,850. Pastu tambahlah dividen RM2,100. So duit simpanan kau RM5,950. Sebab tu kalau kau terminate masa tahun ke dua hingga ke spuluh(sebelum tahun ke 20) ni, kau rugi sebab duit kau sebenarnya makin sikit semasa 10 tahun pertama ni.

Duit kau mula betul-betul beranak bila dah masuk tahun ke 10 sebab masa tu dividen 30%, dan fee pun makin kurang. Entahlah bila aku compare dengan ASBF, memang taklah aku pilih plan ni. Aku prefer berhutang dengan ABSF. At least if aku nak terminate lepas 5 tahun, aku still dapat banyak daripada yang aku dah bayar.



Selepas panjang berjela aku terangkan tadi, korang faham tak?

Kalau tak faham, point aku is nak bagitahu yang ejen tu cuma tunjukkan side dividen je. Side yang kena tolak fee semua tu TAKDE langsung ejen tu bagitahu. yelah kalau bagitahu mestilah client tak nak ambil plan tu. 

Ejen tu cadang aku untuk ambil plan yang 20 tahun tu. Dia suruh aku saving kat akaun takaful tu sebab bila aku saving kat situ, setiap bulan duit aku ditolak, setiap kali tu lah dia akan dapat komisen. Best ke best? Dia takde recommend pun suruh beranakkan duit tu kat unit trust sebab dia tahu kalau kat unit trust, dia tak akan dapat komisen yang maksimum macam saving tadi.    

Kat bawah ni plak aku jumpa komen sorang brother ni pasal benda ni. Korang setuju tak? 



EPISOD 6: JANGAN RUSHING


Sebenarnya, aku yang rushing. Bukan rushing ape, aku tak fikir panjang. Tak buat research betul-betul. Tak tanya pakcik Google dan sebagainya. 

Masa tu aku fikir, aku mampu je simpan Rm1k ni kat sini dan kira worth la nak compare dengan ASB. Kiranya setahun aku simpan 12k, tahun kedua jadi 24k aku simpan, so dividen aku 2,400. Compare dengan ASB, berapa je dividen kalau ada 24k dalam akaun. ~ni pikiran aku sebelum aku tahu kebenaran. 


EPISOD 7: EJEN GILA KOMISEN KE? 


Lepas aku sign up tu kan, ditakdirkan aku bertemu dengan seorang Financial Advisor(FA) ni, aku bagitahulah dia yang aku sign up plan 30% dividen ni, lepas tu FA ni cakap kat aku yang aku sebenarnya nak menguntungkan ejen je sebab komisen dia dapat banyak.

Turns out memang banyak weh 30%  komisen daripada total aku bayar untuk sebulan. 
Dan return yang aku dapat lepas 20 tahun sebenarnya sangat sikit sebab setiap tahun tolak fee untuk bayar komisen ejen tu dan fee-fee lain. 

Aku pon apelagi, terus rasa tertipu, dianiaya. Lepas tu kan, kalau aku nak terminate awal, aku berada dalam kerugian weh setelah penat menabung! Perghhh sedihh...


Mujur lah aku sedar tu 2 hari selepas aku sign up. So aku ada 13 hari je lagi untuk batalkan plan tu untuk dapat balik duit aku. Kalau korang nak tahu macamana aku dapatkan balik duit tu,apa ejen tu cakap bila aku nak terminate plan tu, Korang mesti nak tahu ejen tu tolong aku ke tak or aku kena buat sendiri semua, and paling best, apa respon ejen aku bila aku cakap nak terminate. korang baca part 2 ok!


Kat bawah ni plak kiraan duit yang kita dapat if melabur dengan ASBF dan A**.

Jauh beza 126% dengan -6%. kalau korang baca kat komen first-first, promoter takaful tu cakap yang produk dia beri pulangan 92% tau. 





KLIK SINI >> PART 2 PENGALAMAN KENA TIPU DENGAN EJEN TAKAFUL





 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^