PENGALAMAN KENA 'TIPU' DENGAN EJEN TAKAFUL - PART 2

By Mierayusof - Wednesday, November 10, 2021

Hai semua. 


Dalam part 2 ni, aku nak kongsikan ape respon ejen ni bila aku cakap nak terminate.

BACA >> PART 1 

Aku ingat lagi, aku ada tanya ejen ni, letsay aku nak terminate pada tahun ke 5 kan, adakah aku akan dapat semua duit yang aku saving dan dividen?

Kau tahu ejen tu jawab apa? Dia tak jawab weh soalan aku!!! Dia pusing-pusing kona sana sini sebab aku tak dapat jawapan pun untuk soalan aku tu. Sebab kalau ikut LOGIK, kan aku SAVING, so kalau aku dah simpan RM50,000 dan dividen RM5,000. Sepatutnya bila aku terminat, aku boleh dapat RM50,000+RM5,000 kalau aku tak guna dividen tu la.Ni kiraan kasar je lah.

Tapi yelah, untuk takaful ni kan ada yuran wakalah ape semua. So mustahillah nak dapat semua malah ada penalty sebab 'surrender' sebelum matang iaitu tahun ke 20. Kalau ASBF, even kau ikat 40 tahun, takdenya orang layan sampai 40 tahun kan?

Sebelum aku finalize yang aku nak terminate plan ni, aku tanyalah 'LET SAY' aku nak terminate macamana. Dia ajak aku VC lah konon nak tanya apa yang buat aku nak terminat and dia cakap let's trust each other. 

Bila aku tanya soalan kan, jawapan dia tak convince aku langsung untuk teruskan sebab dia ade tunjuk table bayaran which is aku rasa return sangat sikit even dapat dividen 30%. 





5 hari lepas aku sign up, aku buat keputusan untuk batalkan plan tu. Aku terus whatsapp ejen tu bagitahu. Kau baca kat bawah ni ape respon dia. Perghhh macam tu je weh. Takde nak guide ke ape. 



Kau tahu apa yang lagi menyakitkan hati? Sebenarnya boleh je cancel online melalui emel tetapi adalah caranya. Tapi tengok apa ejen ni cakap, KAUNTER sahaja. Ya aku tahu melalui kaunter memang adalah penyelesaian terbaik. Tapi tak semua orang ada masa nak pergi kaunter tambah plak waktu operasi kaunter yang tutup awal, buka lambat.

nampak sangat nak komisen, sebab first thing first is sign up guna kod dia. 

Masa tu memang aku rasa nak BANNED je terus dia ni dari semua platform yang aku kenal dia. Dasar gila komisen. Nak duit je. bukan nak guide orang betul-betul. dia kira duit masuk dalam poket dia, setel! Hunt customer lain plak. 


Nanti kat part 3 aku cerita plak apa yang aku buat untuk batalkan plan tu secara online. Tunggu ye. Aku juga akan ceritakan aku dapat 100% ke 70% ke 0% duit yang aku dah bayar tu. 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^