PENGALAMAN KERJA DI UPWORK

By Mierayusof - Saturday, November 13, 2021

Hai semua. 


Hari ni aku rajin nak tulis pasal pengalaman kerja aku sebagai seorang freelancer di Upwork.

Aku mula kenal Upwork dan Freelancer ni bila aku daftar program GLOW-PENJANA.

Nak dapat job di Upwork ni bukan senang je kalau korang tak ada experience dan job yang korang minta tu ramai yang bid.

Aku pon hampir giveup juga nak apply job sebab dalam 100% apply, 90% reject tau. Ni masa mula-mula lah. Bila aku dah dapat first job aku, masa tu rejection dah kurang sikit sebab aku dah mula dapat invitation to interview ape semua.

So, kerja yang aku apply di Upwork ni kebanyakkanya kerja yang nak MALAYSIAN. Sebab aku nak kecilkan skop persaingan. Sebabnya tak ramai Malaysian yang kerja freelance ni kat Upwork.

Apply punya apply... sangkut kat 1 job ni.

Oh ya, job kat Upwork ni ada yang one-off dan ada juga yang long term contract.

Job yang aku dapat ni one-off.

Sebelum aku diterima kerja, client aku tu akan tanya dululah soalan-soalan yang berkenaan untuk tengok aku sesuai tak dengan job tu.

Aku apply 26 Januari 2021, 3 Februari client aku reply. Pung pang discuss, kami capai kata sepakat. Dia pun award aku job tu.

Bayaran berapa?

Task aku ni sangat mudah dan boleh siap dalam 2 jam jer. So bayarannya korang faham-faham jelah kan. Untuk 2 jam kerja jadinya takdelah banyak sangat.


Lepas tu aku ade dapat offer job, tapi ada yang aku tolak dan ada juga yang aku ditolak.

Tak kisahlah.

Sekarang ni aku get back on track untuk jadi freelancer as my side income dan juga for my long term planning. HAhahahaha. 

So... korang jangan risaulah Upwork ni scam ke ape sebab ia tak scam. Aku dah dapat dah pun duit bayaran tu untuk job aku tu.

Aku harap korang jangan tanya aku job apa senang dapat, job apa yang nak apply sebab semua tu.. bergantung kepada rezeki masing-masing. Untuk korang yang ada skills edit gambar, video dan graphic design tu kira bonuslah sebab job tu memang dorang pakai freelancer. je. 



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^