PENGALAMAN POTONG GELANG LEPAS HABIS KUARANTIN DI PKD PETALING

By Mierayusof - Sunday, November 21, 2021

Hai semua. 


Hari ni hari terakhir aku kuarantin dan boleh potong gelang.

Aku ni kontak rapat dengan tokki aku. Result RTK aku NEGATIF jadinya aku tak buatlah PCR sebab mahal. Kalau RTK positif baru aku nak buat yang test PCR. Korang boleh je buat PCR tu kat KK tau, percuma je.


Ok, untuk ambil gelang tu, boleh pergi mana-mana je KK dalam daerah yang korang duduk tu.

Untuk potong plak, korang WAJIB pergi ke PKD PETALING yang terletak di KELANA JAYA.

Urusan nak potong gelang ni kejap jer. Korang beri semula kertas kuarantin warna pink tu untuk dorang cek sama ada betul ke tu hari yang korang kena potong gelang. Jangan lupa bawa IC ye. Kemudian, gelang korang dipotong!

Siap!!

Oh ya, korang juga akan diberi sehelai kertas A5 berwarna hijau iaitu surat perlepasan kuarantin.

itu sahaja!



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^