PENGALAMAN 'URUSKAN' JENAZAH PESAKIT COVID

By Mierayusof - Saturday, November 20, 2021

Hai semua. 


Walaupun tajuk sedemikian, yang sebenarnya aku nak kongsikan apa yang keluarga aku buat untuk uruskan jenazah arwah tokki aku dari Hospital Sungai Buloh untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Setali, Kuantan.

Tindakan 1: Call bahagian forensik hospital untuk tanya:
- Bila boleh tuntut jenazah.
- Boleh tak nak kebumi luar negeri, contohnya di Kuantan?
- Pasal urus jenazah. Jika keluarga nak uruskan, kena beritahu. Jika pesakit tu positif, better bagi JAIS je uruskan.


Jika ingin bawa jenazah kebumi ke luar negeri dari negeri yang meninggal tu, buat dua perkara ni.

1. Tanya hospital jika boleh buat demikian. Jika boleh baru buat no 2.
2. Call PKD negeri yang nak kebumi tu untuk tanya jika boleh dan juga untuk mereka buat persiapan supaya bila jenazah sampai, boleh terus tanam. Jika PKD tu ok, maklumkan perkara ni kat hospital.

URUSAN BAWA JENAZAH KE NEGERI LAIN UNTUK DIKEBUMIKAN.

Yang ni aku rekemen korang guna khidmat team Afiz Ayub ni.
BACA >> KHIDMAT PERCUMA MANDI, KAPAN DAN PENGHANTARAN JENAZAH

Anda perlu ke hospital untuk buat pengecaman jenazah. Hanya 5 orang je dibenarkan.

Kemudian, jenazah akan ditayamumkan dan dibalut dengan beg.

FORM YANG PERLU ISI/SIGN/SERAH 

Waris perlu:
1. Surat serah mayat - ni untuk beri kat PKD negeri yang nak dikebumikan
2. sign Surat aku janji - menyatakan yang jenazah hanya akan bawa ke lokasi seperti dalam surat.
3. Isi borang daftar kematian - untuk buat sijil mati

Sijil mati tu kalau boleh buat hari sama kebumi, jangan tangguh2. 


Bila anda ingin gerak je menuju ke lokasi kebumi, ni untuk yang nak kebumi luar dari negeri yang meninggal tu. Anda kena hubungi PKD negeri yang dituju untuk maklumkan supaya mereka bersedia.

Waris boleh uruskan pengebumian jenazah ke?
BOLEH dan WAJIB pakai FULL PPE. 

Saudara mara boleh datang ke pengebumian ke?
BOLEH tapi tengok dari jauh je la. Tak boleh datang dekat masa nak kebumi tu. Sebab sebelum dan selepas kebumi, pihak PKD akan sanitize tempat tu.



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^