EBOOK EBAY SCAM. BETUL KE?

By Mierayusof - Wednesday, December 22, 2021

Hai semua. 


DISCLAIMER: AKU MINTA MAAF KALAU ADA PENJUAL EBAY EBOOK TERASA DENGAN POS NI ATAU RASA POST NI SALAH KE APE. NI PENDAPAT PERIBADI AKU SAHAJA. MOHON BERLAPANG DADA. 

Kadang aku dapat soalan ni, 'patut ke saya beli ebook ebay untuk belajar bisnes ebay?'

Jawapan aku YES and NO.

YES anda harus beli ebook ebay kalau korang TAKUTKAN KEGAGALAN dan TAK NAK BELAJAR dari KESILAPAN. 

NO kalau korang nak lagi banyak belajar, nak try and error, dan RAJIN EXPLORE.

Orang yang tulis ebook tu pon bermula macam korang jugak daripada tak tahu apa-apa, tapi disebabkan dia rajin explore sebab tu dia boleh buat duit kaw-kaw dengan ebay. Korang yang malas explore lepas tu berangan nak kaya raya dengan ebay lepas beli ebook? BEtul ke mindset tu? 

Aku pon tak faham kadang orang yang nak buat bisnes ebay ni, explore malas, tak reti tapi tak nak belajar, nak belajar pun nak cepat je, tak nak try and error. Lepas tu dah beli ebook, then GAGAL, then cakap ebook yang dia beli tu scam.

First of all, korang kena tahu EBOOK EBAY tu hanyalah sebagai PANDUAN.

Umpamanya korang diberi JORAN MEMANCING DAN CARA MENGGUNAKAN JORAN. Kalau korang tak baca panduan cara guna joran tu, korang still boleh je mancing kan? CUmanya klaua korang baca panduan tu, korang akan tahulah KOT cara betul pegang joran, umpan apa bagus dan sebagainya.

Ha, anggaplah joran tu ebay dan panduan tu ialah Ebook. 

Point aku is, tanpa panduan pun, korang still boleh berbisnes ebay. Lagi satu, GOOGLE kan ada. Korang search je apa yang korang nak tahu pasal ebay ni. 

Ha apa dia? Tak keluar macam yang korang nak? Korang ingat dengan beli Ebook ebay tu akan keluar ke macam yang korang nak tu? Tak jugak ye.

Lagi satu, orang yang promote ebay yang cakap ada group support tu. Kalau korang nak tahu, SELALUNYA, bila ada yang tanya soalan, admin akan reply 'SILA BACA EBOOK PAGE SEKIAN SEKIAN'. So end up korang still kena ada usaha.

So, tulis panjang-panjang ni. Ebook ebay ni scam ke?

Kalau scam takkanlah affliate boleh untung 100k hasil promote Ebook. Huhu.

Aku beli Ebook ebay ke? Mestilah tak, kalau beli, mestilah aku pon promote. Ops. 

Tapi sorry lah aku tak sanggup nak labur RM200++ untuk PANDUAN yang aku boleh EXPLORE SECARA PERCUMA dan ada BANYAK LAGI PENDUAN YANG UP TO DATE BERBANDING EBOOK.


Tapi kenapa aku tak promote if aku affliate? Sebab aku menjadi saksi yang hanya orang yang beli EBOOK je yang akan dibantu soalan mereka, yang tak beli, dorang tak bantu. dorang akan suruh korang BELI DULU EBOOK GUNA LINK DORANG. 

Peh rajin giler aku mengarang malam ni. Ok tu jelah, terima kasih sudi baca. 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^