GAMBAR ASRAMA UIA KUANTAN

By Mierayusof - Sunday, December 19, 2021

Hai semua. 


Tadi tengah sort gambar yang ada, terjumpa gambar masa kat uia dlu.

Ni aku nak kongsikanlah untuk adik-adik yang tengah cari info pasal UIA Kuantan.

Kat sini asrama adalah bangunan yang paling tinggi, ada 5-9 tingkat. 


Blok 1 - 4 adalah Mahallah Khalid Al-walid atau kami panggi KAW. Ni asrama brother. warna tema ialah  PINK! Jeles weh sampai sekarang!

Blok 5-8 adalah Mahallah Fatimah Azzahra atau kami panggil FZ. Ni asrama sister untuk kos science, allied health, farmacy. Blok 8 adalah asrama untuk postgraduate. Warna tema ialah Biru.

Blok 9-12 adalah Mahallah Umi Kalthum atau kami panggil UK. Ni asrama sister untuk kos medic, dentist dan nursing. Blok 9 untuk postgraduate. Warna tema ialah kuning. 


Kat bawah ni gambar untuk asrama blok 5-7.

1 bilik ada 4 compartment untuk 4 orang. Jadi, setiap orang akan ada ruang khas sendiri. Nak kata private tu, boleh lah sebab ada dinding yang memisahkan dan ada langsir. Tapi dari segi suara, memang tak privatelah.

Ruang untuk satu compartment tu aku rasa just nicelah untuk seorang, ada ruang untuk solat tak kisah arah kiblat kat mana.


2 compartment menghala luar, dan 2 compartment hala dalam.

Sudah tentu hala ke luar lebih indah sebab boleh tengok view. 

Almari yang disediakan agak besar juga, 


Compartment menghala dalam. Tingkap berada selaras dengan katil. Means dari atas katil boleh buka tingkap jenis slide. Kena hati-hati sikit kalau buka tingkap dan orang takde sebab dari luar boleh capai.


Compartment menghala kedalam, tingkap bertentangan dengan katil, yakni tak boleh buka tingkap ketika anda duduk atas katil. Tingkap jenis buka ke luar, bukan jenis slide. Kalau dapat belah angin tu perghh bestt weii sebab angin kuat giler petang-petang macam duk tepi pantai. 

Adui rindu plak UIA, dah hampir 2 tahun tinggalkan.

Untuk adik-adik yang cuba nak buat bisnes kat UIA tu, boleh lah cuba jual megi macam kat bawah ni. COnfirm laku keras wei, dulu aku jual megi ni, restok 10 kotak. Bayangkanlah 1 kotak tu ada 30pcsx 10 kotak. Aku pulun jual kat 3 blok untuk setiap tingkat, so 9 tingkat x 3 blok .Sehari boleh kutip RM100 jualan, belum kira bersih lagi. Memang happy la ade duit poket sikit. hehe.
 Tapi kena hati-hati la sebab sebenarnya pihak pengurusan tak bagi jual2 kat usrah area tu, tapi kan, dorang takde provide apa-apa pun untuk student jual, dia ingat semua student ada ready stok makanan gamaknya.

Ada yang tanya, tak kena curi ke? Alhamdulillah pelajar UIA jujur orangnya. Kalau aku letak 10 bungkus, paling kurang pun ada RM15. 



sebenarnya ada banyak lagi yang aku pernah jual masa kat asrama dulu antaranya:
- baju muslimah
- cheeskut
- kerepek
- biskut
-nescafe
tu je la yang aku ingat. 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^