Wednesday, 22 December 2021

KENAPA AKU STOP BISNES DI EBAY

Hai semua. 

Ni aku nak kongsikan kenapa aku dah tak berbisnes kat Ebay.

Mungkin ada diantara korang yang jumpa blog aku ni bila search pasal bisnes Ebay kan?

Masa aku tulis post tu, aku agak aktif jugak berniaga kat Ebay.


Tetapi, lepas tu dah tak sangat dah dan sekarang aku memang dah off terus bisnes Ebay.

So kat bawah ni aku nak kongsikanlah apa yang buatkan aku nak stop bisnes ebay ni. Overall reason aku ialah LECEH dan BERISIKO MERUGIKAN. 

Disclaimer: Ni pendapat peribadi aku, untuk korang yang dah berjaya bina ribu riban jutaan ringgit dengan Ebay tu, tahniah lah aku ucapkan. jangan samakan aku dengan korang. Mungkin korang berjaya sebab teknik korang betul dan lebih kepada rezeki korang kat Ebay. Mungkin rezeki aku takde dengan ebay ni. 

Ok jom aku kupas..


1. UNTUNG

Sebab utama bisnes mestilah nak untung, siapa je nak rugi kan. Kalau korang tak tahu, bisnes kat ebay ni tak main la dalam MYR, paling koman pun USD, nak up lagi GBP.

Nak untung mesti markup harga kan? Mesti pernah jumpa orang jual megi kat Ebay 1 pack tu USD19. Padahal satu bundle tu rm5 je. 19USD = RM80. So rm80-5 = rm75. Benda ni normal ya di Ebay.Jangan kecam plak dia markup kaw-kaw. 


Jap, kos pos ke luar negara bukan mahal ke? Ya memang mahal dikbang. Tambah plak sekarang ni flexi pos dihentikan sementara, pos barang 300gram pun RM60. Belum lagi barang 3kg, mau RM300. So kat sini seller tak bolehlah jual USD19 free pos walaupun nampak macam dah banyak untungkan? 

Kos pos mesti cas asing atau pun tambah siap-siap, USD19+ 15USD kos pos so jual lah 1 pack tu 34USD. Ada ke orang beli maggi 5 paket kecik tu 34 USD? ni ikut rezeki masing-masinglah, Buyer pon cerdik, kalau ada seller yang jual USD19 free pos vs USD34, Mestilah beli yang murah.

So point aku kat sini, nak bisnes Ebay mesti MARKUP 3-5x daripada harga barang.

2. KOS POS

Bila cust dah place order, mestilah kita as seller kena pos barang tu kan. Kos pos ni memang mencanak weh harga dia. Hanya yang berhati kering je yang akan markup harga jual 5x dan exclude kos pos untuk elak rugi. Nak buat macamana, Kalau tak buat macam tu, memang rugi lah. Macam buat amal jariah plak.


3. BARANG LARANGAN 

Nak pos barang, kena cek dulu barang tu boleh tak dipos ke negara tu. Contohnya ada negara yang tak benarkan bahan tenusu dari luar, ada yang larang gula getah etc. 


4. LAMBAT SAMPAI

Pos barang luar negara ni, memang kena hadap la risiko barang tak sampai, barang return, dan macam-macam lagi. 


5. HIDDEN FEES EBAY

Ya, sebenarnya ebay ada hidden fees yang tak berapa nak hidden. Siapa tak baca policy tu , dia akan anggap tu hidden fees lah padahal Ebay dah bagitahu dah. 

Oh ya, lagi satu, JANGAN SUBSCRIBE apa-apa pun kat Ebay kalau sales korang sendu. Bukan apa, nanti kena bayar duit subscription bulan bulan tapi sales masuk dan untung untuk cover nk bayar fee je. 


6. SUPER LECEH NAK SETUP AKAUN 

 
Untuk beginner, memang korang akan dapati yang nak setup akaun ebay ni bukan sesenang nak setup akaun shopee. Silap cara kena block lah banned lah etc. Dan kena setup akaun paypal jugak.

Menda ni perlukan kesabaran yang tinggi dan try and error klaua korang struggle sendiri.


OKlah tu je yang aku nak karang.

Thanks sudi baca. 

Again, congrats korang yang dah berjaya buat sales dengan Ebay!!! Kipidap dongibab. 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

1 comment:

Thank you for your comment ^_^