Friday, 31 December 2021

PENGALAMAN INTERVIEW DI BP HEALTHCARE

Hai semua.

Haritu aku ada cakap nak tulis pasal pengalaman interview aku. KLIK SINI.

Aku sempat tulis pengalaman interview kat Gribbles je. KLIK SINI.

Jadi, harini aku nak sambunglah tulis pengalaman interview aku di BP Healthcare.

Ini interview aku yang ke-3 tak silap. First Gribbles, Second Gnosis.

Fist masa dapat interview tu agak happy juga lah sebab BP ni kan antara company medical diagnostic yang besar juga kan.

Jemputan untuk interview tu aku dapat melalui emel. Tiada panggilan telefon untuk risik. terus je emel interview.

Masa tu aku tak dapat offer mana-mana lagi so aku pon terimalah interview tersebut.

Banyak jugak benda dorang minta isi antaranya:

1. Application form, authorization letter, declaration letter - yang ni memang semua kerja kena isi sebab dorang nak tengok masa interview nanti. 
2. Copy IC - kenapala aku pergi bagi jugak benda ni, macam nak apply loan plak aih. Kalau dah diterima kerja dan dia minta copy ic tu, aku rasa ok je bagi. Ni baru interview kot. Macam ada sedikit keraguan disitu. 
3. Academic transcript - ni aku ok je untuk bagi.
4. Gambar pasport
5. Payslip sebelum ni - palato aku ialah dorang nak offer gaji lebih kurang gaji sebelum ni.
6. EPF statement - palato aku ialah dorang nak tentukan berapa % nk tolak.
7. Resume - ni wajiblah beri en wlaupun aku dah beri masa apply tu. 

Ni pendapat peribadi aku je la, memadai lah kalau minta kita isi application form, resume dan beri akademic transcript. 

tapi aku beri jelah mana ada.



Proses saringan pertama - iaitu beri form no 1 tu. agak details juga, dia nak tahu kita ada rekod jen4y4h ke tak, pernah masuk c0urt ke tak etc.

Interview berlangsung secara ONLINE oleh siapa aku tak ingat dah, yang pasti bukan wakil HR.

Macam biasa perkenalkan diri ape semua.

Position aku tu Medical Laboratory Technologist. Jujurnya aku takde pengalaman as MLT, tapi lab experience tu ade la in molecular, microbiology tu. So aku sesuai je kerja as MLT.

Dia takde tanya banyak pun pasal benda yang aku dah belajar ni.

Cuma dia akan tanya berdasarkan apa yang aku tulis kat resume contohnya ada attend SHO course, ada pergi exchange study.

Masa tu musim orang cucuk vaksin kan, so dia cakap kalau diterima kerja, aku kena pergi kat PWTC jugak. Balik plak mungkin tengah malam. Aku ok ke? Aku cakaplah kalau tak selalu, ok je.

Lab plak di Glenmarie.

Oh ya, dia ada cakap, aku akan ditempatkan di pelbagai department untuk tengok kat mana yang aku sesuai. Macam front servis kat kaunter tu. Masa tu aku rasa macam ok why not. More to learn, more experience. Aku pon masa tu ada juga risik-risik kerja customer service.

So kira macam 2in1 lah MLT cum customer service WALHAL HAKIKATNYA tak patut weh. sebab position tu kan BERLAINAN JOBSCOPE. Bila 2in1 maksudnya 2 postion untuk 1 orang.

Hehe. Tapi kalau korang tak dapat mana-mana offer lagi dan ditawarkan sebegitu, terima jelah weh. Kalau rasa ok, teruskan. Yang penting jangan lepaskan peluang jika ditawarkan.

Interview tu lama juga lebih 30 minit, in ENGLISH ya. walaupun aku broken lagi tapi rasa confident jugak lah sebab aku dah banyak praktis masa kelas.

Lepas habis interiview tu, aku pon emel lah interview tu ucap tq ape smua macam dalam tips interview tu kan.

Tunggu punya tunggu.. takde jawapan pun sama ada diterima ke ditolak ke KIV ke. 

Masa tu aku pon malas nak update. Sampai ke sudah takde jawapan. Tak expect lah macam tu ye dorang layan calon. mungkin takde masa nak update dekat calon yang gagal interview ni.

Nak kata aku tak perform masa interview, aku rasa ok je sebab interview tu pon macam berminat je nak amek aku ke aku je perasan. Nak kata aku demand gaji, aku minta RM1,800-RM2,200 je weh, demand ke tu? Ke aku patut minta RM1,200 je?

Bulan 11 haritu aku dapat lagi tawaran interview dengan BP ni untuk position MLT CUM CS.

Aku tak reply pun emel tu. Maaf ye.

Begitulah kisahnya. Terima kasih sudi baca


DISCLAIMER: Jika penulisan ini melanggar etika, sila komen part mana salah. Aku akan delete part tu. 









 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^