Friday, 31 December 2021

PENUTUP 2021 SEORANG AMIRA

Hai semua. 

Hari ni merupakan hari terakhir 2021. Izinkan aku mencoret sikit untuk kenangan. 

Esok bermulanya lembaran bagi tahun masihi iaitu tahun 2022.

Umur pun dah meningkat 1. Sudah menghampiri 30 tahun weh tua dah aku....

Tahun ni banyak naik dan turun dalam hidup aku. Ada scene sedih dan gembira.


Sedih sebab atuk yang aku sayang giler2 dah tinggalkan aku disebabkan c0vid. Tok aku dah lama nak pergi konvo aku tapi tak kesampaian. Setiap kali fikir pasal tokki, mesti sedih weh, ko bayangkan tokki tu umpama macam ayah aku dah sebab dia jaga aku masa aku sekolah kat Kuantan. Lepas tu plak kitoerang selalu balik kampung dan tokki tunggu kteorang kat kampung. Sekarang semua takde weh sedihhhhh...



Gembira sebab aku diberi peluang untuk ambil satu sijil profesional iaitu SHO. Ramai tanya aku kenapa ambil course ni, kerja in safety ke? Jawapannya TAK. Aku dapat OFFER untuk buat course ni for FREE lepas aku habis belajar haritu so aku grab lah peluang tu.


Andai kata umur aku tak panjang pun, orang-orang yang kenal aku yang jumpa blog ni. Aku harap korang doakan aku dipermudah urusan didunia dan diakhirat. Halalkan makan minum ilmu dan semua lah yang korang pernah beri kat aku. 

Aku tak mampu jadi yang terbaik untuk semua orang, tapi aku cuba. Doakan aku istiqamah.

Aku tahu ada someone yang sentiasa baca blog aku ni tapi tak pernah komen ke ape. Sokay, ko bacalah blog aku ni. Tapi bila jumpa aku, please anggap macam kau tak pernah baca blog aku. Aku malu woi. 
Even adik aku nak mengintai aku tengah tulis blog ni pon aku malu inikan pula kalau orang baca dan cerita balik kat aku. Dah lah kadang aku tulis dengan penuh emosi, Entah apa-apa bila baca semula. 


APA AZAM 2022 AKU?

Secara amnya, aku nak buat side income sebab aku memang bercita-cita tinggi nak travel satu dunia bila aku mampu(baca: dah kerja). Duit gaji aku ni tak cukup nak cover aku nak pergi travel. Sebab disamping travel, ada benda lain yang aku nak achieve. hahaha. Aku tak mengharapkan bakal laki aku kaya, kalau kaya alhamdulillah bonuslah. Kalau tak kaya, takpe woi aku sanggup susah sama2 yang penting kau tak abaikan tanggungjawab dan tak jadi biawak hidup.  Aku nak berdiri atas kaki aku sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Ceh, berwawasan tak?  

Secara khususnya, biarlah aku dan tuhan je yang tahu. 

SEMOGA HIDUP AMIRA YUSOF DIBERKATI, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN AMIRA YUSOF DIDUNIA DIAKHIRAT. AMINNN.... 



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^