BERAPA HARGA TIKET FLIGHT KE TURKI PALING MURAH

By Mierayusof - Saturday, January 08, 2022

Hai semua. 


 
Anda sudah tahu berapa jam ke Turki dengan membaca link di atas, sekarang ni,setelah anda survey harga di Skyscanner.

Anda tak pasti adakah harga tersebut dikira murah, standard atau mahal.


Penting: Harga yang sis maksudkan dibawah adalah harga flight PERGI BALIK (RETURN)


MURAH
Bawah RM2,000. Paling murah setakat ni ialah RM1,300 pergi balik. Kalau jumpa harga ni, SILA BELI DENGAN SEGERA!!! Kerana anda dapat jimat RM700 seorang jika dibandingkan dengan harga permulaan untuk standard iaitu RM2,000.

Harga RM1,300 ni agak rare ye untuk dijumpai melainkan anda rajin survey. Tapi, jika anda jumpa harga RM1,500+ sehingga RM1,700+. Tu pon dikira masih murah.


STANDARD
RM2,000-RM2,999

Jika tarikh yang anda nak pergi tu harganya RM2,000 keatas, anda ada dua pilihan sama ada beli tiket pergi balik dalam satu airline atau berbeza airlines.

Contohnya ada search SEMUA airline harganya RM2,500.

Anda boleh cuba untuk beli tiket one way dulu. Tapi ni bergantung situasi ya. Jika lebih kurang je, beli je la airline yang sama pergi balik.



MAHAL
RM3,000++
Harga yang mahal ni pun susah nak jumpa sebenarnya sebab biasanya harga standard yang keluar. Harga yang mahal ni biasanya klaua anda beli tiket last minute. Contohnya beli pada minggu yang sama. 


Tapi ni tak tentu jugak. Ikut rezeki masing-masing. Kalau anda search dan asyik keluar harga mahal ni, mungkin something wrong dengan browser anda. Hehe, boleh cuba guna incognito dan jangan lupa clear all cache.


BACA>> TIPS BELI TIKET FLIGHT HARGA MURAH RM1,300




Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^