Friday, 14 January 2022

KATO MANUFACTURING SEKSYEN 16 SHAH ALAM

Hai semua. 

Adakah anda warga Shah Alam? Pernah lalu depan kilang kato Manufacturing yang terletak di bulatan antara seksyen 16 dan seksyen 15?

Tertanya-tanya apakah kilang Kato ni? Ni ke kilang kato yang tertulis kato kat jentera tu? Segala persoalan anda akan terjawab di post ini kerana saya juga adalah salah seorang yang mengutarakan soalan-soalan ini. 

Hadirnya post ni untuk membantu melegakan pertanyaan anda, sebab sis pun dulu ada search jugak pasal kilang ni tapi sumber di internet agak terhad jadi sis kumpulkan disini..

Disclaimer: Info yang sis kongsikan ini adalah info yang anda boleh dapati di Internet, ianya bukan info sulit ya. Link ada diberikan. 

PENGENALAN | KATO MANUFACTURING 

Nama panjangnya ialah Kato Manufacturing Malaysia atau lebih dikenali sebagai KMM.

Dari nama, rasanya boleh agak dah kilang ni berasal dari mana, sudah tentu dari negara pandang ke Timur iaitu Jepun.

Nama kilang ini adalah Kato sempena nama CEO HQ Fuji Capsule iaitu Noriyasu Kato. Sumber: FujiCapsule



LOKASI KATO MANUFACTURING SEKSYEN 16

Terletak di Lot 1, Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. 

Jika anda search, keluar juga Kato Manufacturing di Petaling Jaya, yang tu kilang lama. Tak lama lagi akan beroperasi sepenuhnya di Shah Alam ni kilang baru. Dahulunya ia dimiliki oleh JTI ( Japan Tobacco International).

Artikel mengenai Kato di PJ, KLIK SINI. 
P/S: Jika anda baca post dalam link tu, ada banyak info yang dikongsikan. 



KATO MANUFACTURING VS KATO ENGINEERING

Ramai yang keliru adakah dua syarikat ni sama. Seperti yang anda selalu lihat ada perkataan KATO pada jentera-jentera sekitar anda. Maaf saya tak hafal nama jentera tersebut. Jika hafal pun, saya tak ingat dah almaklumlah makin berusia ni.

Kato pada jentera tu ialah Kato yang lain, bukan KMM.  


Jika anda lihat papan tanda yang ada di pintu masuk, ada tertulis KILANG KAPSUL PERISA.


LAMAN WEB KATO MANUFACTURING MALAYSIA SHAH ALAM

Setakat hari ini, tidak dijumpai laman web versi Malaysia. Yang ada cuma versi Jepun iaitu FUJI CAPSULE. 

Anda akan jumpa alamat Kato Manufacutirng DISINI. 




MOHON KERJA DI KATO MANUFACTURING | KERJA KOSONG DI KATO MANUFACTURING

Seperti biasa, anda boleh gunakan platform cari kerja seperti Jobstreet, KLIK SINI. 

Usahalah sendiri jika mahu sesuatu kerja. Semoga berjaya! 



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. 

 Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. 


 Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^