Saturday, 8 January 2022

MALAYSIA KE TURKI BERAPA JAM?

Hai semua.


Berapa jam dari Malaysia ke Istanbul Turki?

Website pilihan sis untuk cek harga tiket flight sudah tentunya Skyscanner


11 JAM




1. ETIHAD
Pergi: 22jam 30 minit, transit di Abu Dhabi
Balik: 14 jam, transit di Abu Dhabi

2. EMIRATES
Pergi: 12 jam 40 minit, transit di Dubai
Balik: 14-17 jam, transit di Dubai

3. QATAR
Pergi: 13jam 55 minit atau 21 jam 25 minit atau 20jam 5 minit, transit di Doha
Balik: 13 jam 50 minit atau 19 jam, transit di Doha atau Singapore(tukar kapal terbang Jetstar). 

4. OMAN AIRLINES
Pergi: 14jam 20 minit, transit di Muscat
Balik: 13 jam 45 minit, transit di Muscat


5. SINGAPORE AIRLINES
Pergi: 39jam15 minit, transit Singapore
Balik: 25jam 15 minit, transit Singapore


PEMILIHAN TIKET FLIGHT


Bergantung kepada kriteria yang anda inginkan iaitu:

1. Direct flight atau transit
2. Murah atau mahal

Jika anda nak yang direct flight, tiada pilihan selain Turkish Airlines.

Jika anda tak kisah yang ada transit, pilihlah yang transit sekejap sahaja seperti semua yang disenaraikan diatas kecuali Singapore Airlines, melainkan anda ingin jalan-jalan di Singapore dulu.

Jika anda memang prefer nak yang long transit, boleh pilih untuk long transit. 

Pendapat peribadi sis, sis prefer yang direct flight sebenarnya. Senang tak payah nak keluar dari flight, jalan kaki kemudian masuk semula flight baru.

TAPI, masalahnya harga Turkish Airlines ni tak tentu, kadangkala ia lebih murah berbanding flight lain, kadangkala ia yang paling mahal. Jadi sebab tulah sis ambil yang ada transit.

Sis pernah naik Oman Air dan Ethihad. So far servis dua-dua bagus.

Turkish Airline takyah cakaplah, sis tak naik lagi tapi sis yakin servisnya bagus.








 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^