Sunday, 9 January 2022

MUSIM BUNGA DI TURKI

Hai semua. 

Tahukah anda, di Turki bukan sahaja ada musim bunga tulip tetapi ada bunga lain juga tau. Jom sis kongsikan.

Pada musim bunga, waktu di Turki adalah 5 jam lebih lewat daripada waktu Malaysia.

Contohnya 12pm Malaysia, 7am Turki. 

MUSIM BUNGA TULIP
Bermula 1-30 April setiap tahun.  Pada musim ini juga akan ada tulips festival (Lale festivals), khususnya di Istanbul. Di bandar lain juga ada, sis pernah pergi di Konya. Perlu menaiki bas dan agak jauh juga. 

Selain dapat melihat pelbagai warna bunga tulis, terdapat juga aktiviti lain seperti pameran dan jualan lukisan di tepi-tepi jalan, pertunjukan muzik klasik Turki dan sebagainya.

Jika anda ke bandar lain, anda juga akan dapat melihat bunga ini ditepi jalan sebagai bunga hiasan. Memang cantik lagi-lagi sewaktu ia sedang mekar.


MUSIM BUNGA ROS
Tidak ramai yang tahu mengenai musim bunga ros di Turki bermula awal bulan Mei.  Ia terletak di negeri kecil iaitu di Isparta. Dulu sis pergi exchange study kat sini lah, memang terpegun tengok bunga ros di sepanjang jalan.

Siap ada satu kawasan yang memang mereka tanam banyak-banyak pokok ros ni. Pelbgai warna plak tu. Ditambah pula dengan bau ros yang segar. Geram sangat rasa nak petik je. 

Jika anda ke Turki pada bulan Mei, jangan lupa selitkan Isparta dalam itinari. Anda boleh ke Isparta selepas anda lawati Pamukkale, hanya 2 jam sahaja menaiki bas. Kemudian dari Isparta, anda boleh naik bas ke Konya, Ankara atau Cappadocia. 


Jika anda peminat bunga Turki, jangan lepaskan peluang untuk lawati kilang pembuatan produk berasaskan ros. Sis pernah pergi masa bulan 6 2018. Memang best sangat! Mereka juga ada sediakan 'lautan ros' untuk kita bergambar.

Festival Bunga Ros juga ada diadakan masa ni. Ada konsert, pertunjukan, pameran, lebih kurang macam musim bunga tulip. 

Nanti sis kongsikan caranya untuk ke kilang tersebut. 

MUSIM BUNGA LAVENDAR
 Usai musim bunga ros, tibalah musim bunga lavendar. Peminat warna ungu mesti suka musim ni. Lokasinya sama juga di Isparta iaitu di Koyucak. Tak jauh dari pekan kecil Isparta.


Waktu terbaik untuk lihat bunga Lavendar ini pada minggu pertama dan kedua bulan Julai. 






 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^