Saturday, 1 January 2022

TIPS SEBELUM BUAT LOAN ASBF UNTUK ANAK MUDA

Hai semua. 

DISLAIMER: post ini ditulis dari kaca mata seorang rakyat biasa, bukan ejen asbf. Maaf jika ada ayat yang memeningkan. Sis cuba untuk perbaikinya dari semasa ke semasa. 

Ni sis nak kongsikan apa yang sis  survey dan study sebelum ambil ASBF.

Sebabnya, kalau tanya ejen A, mereka akan claim bank dialah yang rate terbaik, bulanan terendah. Klaau tanya ejen B, pun mereka akan cakap rate terendah bla bla bla. 

So kenalah survey sendiri. Take your time to fully understand. Tak rugi pun. Why rush when you can make a wise decision? gituu.... 

Ada beberapa perkara yang kena ambil kira sebelum buat loan ni.

1. TENTUKAN BERAPA NAK BAYAR SEBULAN

Kalau gaji cukup-cukup makan, atau banyak komitment. Tak sesuai ye ambil loan 200k. Sebab asbf ni kalau boleh kita nak jadikan long term investment dengan high return with LOW RISK. Jadinya, jangan ikut kawan, ikut poket sendiri. Ada orang dia plan nak buat rolling dividen, sis tak sarankan anda berfikiran sebegini jika anda tidak berfikir panjang. Tak salah ye nak buat teknik rolling. 

Contoh gaji anda RM2,000 sebulan. Katakan anda single lagi dan anda nak simpan RM600 sebulan. So, bolehlah allocate RM400 'simpan' dalam ASBF dan RM200 dalam ASB. Beza ASB dan ASBF ni bolehlah google dulu kalau tak faham. 

Kenapa tak decide untuk simpan semua RM600 tu dalam ASBF? Sebab kita nak force saving dalam asbf ni long term, so agak2 few years later if anda dah kahwin and ada anak, risau tak mampu je nak simpan RM600 sebulan. So play save, RM400 sudahlah. RM200 yang anda simpan dalam ASB tu plak boleh jadikan duit emergency, dividen pun dapat juga nanti. ni my personal opinion sahaja ya. Apa-apa pun, setiap orang situasinya berbeza.


2.  INTEREST TERENDAH 

Ni benda penting juga ye kena consider kalau korang betul-betul nak jadi pelabur bijak. Selagi boleh jimat, jimatlah wei.

Interest ni berbeza ikut bank tetapi ratenya tak jauh beza. Waktu sis tulis ni, paling rendah interest yang ditawarkan oleh bank ialah 3.45%, paling tinggi 3.75%. Ada bank interest dia berbeza mengikut jumlah loan. Contohnya 

Bank A: Loan RM25,000-RM50,000 : Interest 3.70%. Tapi kalau ambil loan RM75,000 keatas, interest 3.45%. Ini beserta takaful ya.

Bank yang sama tanpa takaful, interestnya tinggi sedikit iaitu 3.75% untuk 25k-50k dan 3.55% untuk 75k++

So yang paling berbaloi sini mestilah interest terendah iaitu 3.45%.

3. TEMPOH LOAN TERPANJANG

Ini pun main peranan yang akan menentukan nak ambil loan yang mana. Contohnya tadi nak invest RM400 dalam asbf kan? So, pilihlah tenure terpanjang dengan interest terendah supaya jumlah loan tu tinggi tapi bayar RM400.

Contoh, bajet anda RM400+ sebulan.

Bank A: Loan RM95,000. Interest 3.55%. Tenure 30 tahun. Bulanan RM429. 

Bank B: Loan RM110,000. Interest 3.50%. Tenure 40 tahun. Bulanan RM427.

Bank C: Loan RM110,000. Interest 3.45%. Tenure 40 tahun. Bulanan RM423. 

So, antara 3 ni, mana yang paling berbaloi dengan RM420+ bulanan?

Sudah tentulah yang rate terendah dengan loan tertinggi iaitu bank C. Walaupun tenure tersebut 40 tahun, tak bermaksud kita nak 'bayar' sampai 40 tahun ye. Anda terminat lepas 5 tahun pun, still untung, tapi kena pastikan anda tak ambil takaful atau ambil takaful sampai 5 tahun je. Kenapa macam tu? jawapan ada di nombor 4. 

4. TAKAFUL

Kalau anda tanya ejen, mereka akan sarankan anda ambil takaful sebab mereka akan dapat komisen takaful. Siapa je tak nak komisen. 

Yes, sis ada seoang kawan yang ambil loan 200k, beserta FULL TAKAFUL untuk 30 tahun. Means loan dia jadi 206k, RM6,000 tu UNTUK TAKAFUL SAHAJA. 

If dia terminate loan kurang 40 tahun dan masih belum setel bayar RM6k takaful tu tadi, memang sah2 ada sedikit 'kerugian'. Sis tanyalah dia, kenapa ambil full takaful? Katanya sebab EJEN RECOMMEND. Ya, ejen mungkin akan tak terangkan sedetailsnya pada anda. Tapi kalau anda tak study betul-betul. Anda akan jadi macam kawan sis ni yang terima je apa yang ejen recommend. Jangan dah terhantuk baru tergadah.

Hakikatnya, perlu ke takaful ni? Ni sis jumpa satu video yang sis rasa tak bias kepada takaful. Dia ada beri 3 jawapan berdasarkan situasi yang akan buka mata anda.

Anda juga boleh baca je komen-komen di video ni mengenai realiti bahawa memang ramai menyesal ambil takaful lagi-lagi yang ambil FULL TAKAFUL tu. Sebabnya macam sis cakap tadi, even tenure 40 tahun, tapi tak semestinya kita nak terminate pada tahun ke 40 kan? So kenapa nak ambil takaful yang cover sampai 40 tahun. 




5) LOCK-IN PERIOD

Pilihlah yang takde lockin period. Sebab kalau ada lockin period, payah kalau anda nak terminat dalam tempoh lockin tu.


Sis harap tips yang sis beri ni membantu anda buat keputusan. Nanti sis tulis lebih banyak lagi ya. 

Pesanan ikhlas, kalau anda nak tanya pasal ASBF atau kewangan, disarankan tanya pada lebih daripada 2 orang. Jangan tanya sorang je sebab jawapan kemungkinan besar bias. 

Oh ya, kalau ada yang nak tanya pasal ASBF, korang boleh roger je sis ni. KLIK SINI. 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^