Friday, 25 February 2022

4 DRYER BAWAH RM1,000 DI SHOPEE!!! NO 4 PALING BEST!

Hai semua. 
Hari ni sis nak kongsikan 4 dryer yang berharga bawah RM1,000!

Mampu milik dan berbaloi!


Price : Rm929



Yang ni jenis kecik sikit
6Kg 

Price : Rm632



Price: Rm739


Price : Rm779 


Yang mana satu pilihan anda? Kongsi di ruangan komen. 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Wednesday, 23 February 2022

TIPS KURANGKAN GIGI KUNING SELEPAS MINUM KOPI DAN TEH

Hai semua. 

Untuk penggemar kopi & teh, mesti anda perasan gigi anda lebih mudah jadi kuning. Bukan tu saja, gigi pun boleh jadi sensitif.

InsyaAllah kali ni saya cerita tips untuk kurangkan kesan buruk kopi dan teh kepada gigi


1) Minum guna straw & elakkan minum terus dari cawan/gelas. 

Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju direct kepada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.

2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu. 

Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi —> lebih mudah bertukar warna.

3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi/teh. 

Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi.


4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi/teh. Tunggu 30 minit - 1 jam dulu.

Kedua-dua minuman ni berasid, dan memberus sebaik selepas minum, boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut —> struktur gigi jadi lebih lemah.


5) ‘Latte’ lebih baik dari ‘americano’! 

Secara ringkas, susu dalam kopi/teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman dari melekat di atas permukaan gigi.

6) Minum dalam one-shot lebih baik dari minum sikit demi sikit.

Bukan lah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula. 

Point dia di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.

7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus & floss gigi. 

Kebersihan yang tak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat.

Kalau ikut 7 tips ni minum kopi, tak akan ada kesan ka? Tak lah begitu. Kesan tu masih ada, cuma kurang.


Tips diatas dikongsikan oleh saudari @norulmadihahh di laman twitter beliau.




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Tuesday, 22 February 2022

5 JENAMA TILAM TERBAIK DI MALAYSIA. FREE TRIAL, TAK SUKA BOLEH PULANGKAN!

Hai semua. 

Setiap hari kita mesti tidur? Kualiti tilam mempengaruhi kualiti tidur kita.


Apalah salahnya kita melaburkan duit beli tilam yang sedikit mahal untuk mendapatkan kualiti tidur yang bagus.

AMALAN BERPANTANG YANG BETUL SELEPAS BERSALIN. NO 16 MESTI BUAT!

Hai semua. 

Amalan berpantang yang betul selepas bersalin. Sila bookmark untuk bacaan selepas bersalin nanti.

CARA GUNA SABUN KOJIE SAN DENGAN BETUL. NO 5 PALING BERKESAN.

Hai semua. 

Anda mesti pernah dengar nama sabun Kojie San yang terkenal dengan manfaatnya memutihkan bahagian anggota badan yang gelap seperti pelipat, ketiak dan leher.

Monday, 21 February 2022

PERSONAL TRAINER MURAH SHAH ALAM

Hai semua. 

Anda sedang mencari personal trainer yang akan membantu anda untuk workout dengan cara yang betul dan berkesan?

Sedang cari personal trainer dengan harga berpatutan dan mesra rakyat?

Anda bertuah kerana terjumpa post di blog ni.

Kat sini saya nak rekemen seorang personal trainer yang bagi saya sangat bagus terutama kepada newbie.

Kenapa anda patut upah personal trainer ni sebagai trainer anda?

1. Flexible : Trainer ni sangat flexible dengan masa dan tempat. Based di Seksyen 7 Shah Alam, tapi kalau anda berada di luar Shah Alam seperti di PJ, Subang, dan sekitar KL, jangan risau. Boleh adjust!!! Jangan jauh sangat sampai Ipoh ke Melaka sudahlah.

2. Custom module: Jika anda dapatkan trainer di gym yang berada di shopping mall. Mereka mempunyai modul pembelajaran untuk client. Trainer yang saya rekemen ni, dia akan berikan set workout latihan mengikut impian badan anda. COntohnya nak bina muscle ke, nak lost weight ke.

3. Berpengetahuan : Guru sebenar adalah pengalaman tak gitu? Trainer ni tak banyak asam garam lagi sebab dia bukanlah seorang veteran tetapi saya tabik dengan pengetahuan yang dia ada dalam dunia gym ni. Saya ni kan perempuan, kalau borak dengan dia pasal info mengenai fitness dan gym ni, rasa kerdil je diri ni. Oh ya, point saya ialah anda boleh tanya apa sahaja yang anda nak tahu sebab trainer ni bukan jenis kedekut ilmu. Apa yang dia tahu dia akan kongsikan dengan anda.

4. Konsisten: Nak berjaya kuncinya ialah konsisten, anda upah trainer beribu untuk satu kelas pun, jika anda tak konsisten. Trainer ni komited untuk bantu anda capai impian anda.


5. WORTH TO PAY: Ini paling penting.. memang puas hati harga dengan servis yang diberikan.

BETUL KE HARGA UPAH PERSONAL TRAINER YANG SAYA REKEMEN NI MURAH?

Sebenarnya definisi murah ni mengikut keadaan poket seseorang. Jika anda berpendapatan RM2,000 sebulan, untuk bayar RM500 (CONTOH) untuk 5 kelas x 2 jam, anda akan terasa alamak mahainya!!!!


Jika anda berpendapatan RM5,000 sebulan, RM500 tu masih boleh lah commit setiap bulan, silap haribulan ambil 2 set iaitu 20 kelas. 

Jika anda berpendapatan RM50,000 sebulan dan lebih, apalah sangat RM500 tu, sama harga dengan 1 baran yang anda beli. 

Nota: Harga yang dinyatakan adalah contoh sahaja. Untuk makluman lanjut anda boleh tanya trainer tu nanti.


Berminat??? KLIK SINI dan anda akan boleh terus tanya trainer tersebut.



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Thursday, 10 February 2022

REVIEW KLINIK PERGIGIAN DR. FEELIZ SEKSYEN 19 SHAH ALAM

Hai semua. 

Hari ni sis nak kongsikan sikit mengenai semalam sis pergi ke Klinik gigi Dr. Feeliz yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam.

Sis memang familiar lah dengan kedai-kedai kat sini sebab dulu sis sekolah kat area sini.

Alkisahnya sis nak pergi klinik gigi ni sebab nak consult pasal gigi bongsu aka wisdom teeth sis.