Tuesday, 22 February 2022

AMALAN BERPANTANG YANG BETUL SELEPAS BERSALIN. NO 16 MESTI BUAT!

Hai semua. 

Amalan berpantang yang betul selepas bersalin. Sila bookmark untuk bacaan selepas bersalin nanti.



1) Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok

2) Pantang makanan yang ibu allergik. Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.


1) Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok

2) Pantang makanan yang ibu allergik. Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.

3) Pantang limit air - minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tkde masalah. Segala air yg masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau

4)Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.

5) Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat - Susu badan !

6) Pantang bersama dgn suami. Tunggu darah nifas kering dulu. Harap bersabar.


7) Pantang menyentuh luka jahitan tanpa cuci tangan. Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan. 

8)Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Da kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?

9)Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tkde masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.


10)Pantang merawat diri sendiri jika ada masalah: darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam—- semua jumpa doktor. Jangan tanya kat facebook atau twidder nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.

11) 11) Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.

12) Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang umah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang. 

13) Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu.


14) Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan da boleh start makanan pejal.

15) Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.

16) Paling penting, pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan. Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas

Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu. 

Ada jeee yang tak kena, tak suka eh tengok
Ibu-ibu ni happy ?

Penulisan diatas ditulis oleh saudara Dr. Muhammad Izzat di twitter beliau.



Semoga bermanfaat!




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^