Tuesday, 22 February 2022

CARA GUNA SABUN KOJIE SAN DENGAN BETUL. NO 5 PALING BERKESAN.

Hai semua. 

Anda mesti pernah dengar nama sabun Kojie San yang terkenal dengan manfaatnya memutihkan bahagian anggota badan yang gelap seperti pelipat, ketiak dan leher.


Tahukah anda, sabun buku ini boleh mengeringkan kulit anda sesudah anda memakainya.

Ikuti tips dibawah untuk mengelakkan kulit anda kering selepas menggunakannya. 

1. POTONG DAN CAIRKAN KEDALAM FOAMING BOTOL

Walaupun sabun ini berbentuk bar, anda digalakkan untuk memotongnya menjadi ketulan kecil dan mencairkannya didalam foaming botol. Ia lebih mudah untuk digunakan dan lebih jimat. Kulit pun tak akan kering kerana geseran antara foam dengan kulit anda.

Foaming botol ni ialah botol yang mampu menukarkan sabun cecair menjadi buih.

Kelebihan sabun Kojie San ini ia senang cair, jadi lebih mudah untuk dijadikan buih.

2. SAPU BADAN DENGAN BODY OIL

Oleh kerana sabun ini akan mengeringkan kulit, anda juga boleh menyapu badan anda dengan body oil.

Antara jenama yang sering digunakan dan bermanfaat ialah Coconut body oil jenama Palmers.

3. CAMPURKAN BODY OIL + SABUN KOJIE SAN

Campurkan keduanya dan lumur pada badan. Ini antara tips paling cepat berbanding nombor dua tadi.

Boleh guna teknik ini pada rambut kering cuma jangan guna sabun kojie san ini pada rambut pula.


4. SAPU LOSYEN

Losyen ini disapu selepas anda mandi. Ia bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit. 

5. BIARKAN 2-5 MINIT SEBELUM BILAS

Jangan terus bilas setelah anda melumurkan sabun ke kawasan yang terlebih gelap seperti lutut dan siku. Tunggu 2-5 minit kemudian baru bilas. 


BERKESAN KE SABUN KOJIE SAN INI UNTUK MENCERAHKAN KAWASAN GELAP?


Mengikut review ramai warga twitter, facebook, dan tiktok, mereka bersetuju bahawa sabun Kojie San ini mampu mencerahkan tetapi bukan dalam masa yang singkat. Tempoh masa yang diperlukan mengikut kegelapan kawasan tersebut. 


Info ini dikongsikan oleh saudari Najwa di laman twitter beliau. 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^