Tuesday, 29 March 2022

ASAS STRATEGI ASB FINANCING

ASAS STRATEGI ASB FINANCING

Sebelum melabur, pastikan kita faham konsep dan peluang yang ada dalam setiap pelaburan. Setiap pelaburan ada risiko dan potensi keuntungan. Jadi, kita harus gunakan strategi untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko. 




Perkara asas yang perlu kita faham untuk memaksimumkan pulangan pelaburan A$B Financing adalah seperti berikut:

1. Tempoh pembiayaan maksimum 40 tahun
Sebab: Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin murah bayaran bulanan. 

Kita mampu memiliki Nilai Sijil yang besar dengan modal yang kecil. Jadi bayaran tahunan adalah jauh lebih murah berbanding dividen yang lebih banyak. 

Tiada masalah untuk pelabur yang mengamalkan teknik Rolling Dividen, malah terdapat lebihan cash yang banyak. Bagi yang berumur lebih daripada 30 tahun, gunakan formula 70-umur sekarang untuk mendapatkan tempoh maksimum. 

Kalau nak stop awal, takda masalah. Ada yang buat tempoh 40 tahun tapi stop selepas 3, 5 tahun apabila sudah capai target simpanan. Itu barulah bijak. Invest guna akal, jangan guna kepala lutut. 

2. Tanpa takaful @ Takaful minimum
Sebab: Bayaran takaful dimasukkan kedalam jumlah pembiayaan. Jadi jika anda melanggan takaful, hutang anda lebih tinggi berbanding nilai sijil. Bayaran bulanan juga akan meningkat. Kesan takaful bila anda menamatkan pembiayaan adalah pulangan prinsipal yang sedikit. Awas, andai pembiayaan ditamatkan terlalu awal, anda bakal dikenakan bayaran tambahan oleh pihak bank jika nilai hutang semasa adalah lebih tinggi dari nilai sijil A$B.

Option: 

Ada sesetengah bank menawarkan kadar interest yang rendah jika pemohon mengambil takaful di dalam A$BF. 

Bagi kes sebegini, digalakkan mengambil takaful min 5 TAHUN SAHAJA sekiranya bayaran bulanan lebih murah berbanding tanpa takaful (kerana perbezaan interest yang rendah). Ini kerana bayaran takaful untuk tempoh perlindungan 5 tahun adalah minima. 

Sebagai contoh, bagi sijil RM100K, penambahan bayaran takaful cuma RM3-5 sahaja. Jika berlaku kematian atau cacat kekal, sekurang-kurangnya waris mendapat pampasan. Memang berbaloi dengan harga secawan kopi McDonalds setiap bulan, anda dapat sediakan wang pampasan kepada waris yang memerlukan jika anda sudah tiada nanti. 

Tiada masalah untuk menamatkan pembiayaan awal kerana nilai sumbangan takaful yang minimum. Maka hutang akan cepat berkurang. 

Nota: Tidak digalakkan mengambil takaful untuk tempoh yang lebih panjang bagi short term game plan.

3. Pembiayaan Islamik
Sebab: Sebab utama perlu ambil pembiayaan islamik adalah supaya mendapat rezeki yang halal. Selain itu, pembiayaan islamik tiada "lock in period". Maka, anda boleh menamatkan pembiayaan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu tempoh tertentu. 

4. Kadar keuntungan bank yang Rendah

Bagi mengurangkan bayaran bulanan dan meningkatkan nilai prinsipal, sebaiknya pilih pembiayaan yang memberikan kadar keuntungan bank yang rendah. 

Contohnya pembiayaan 200K, 40 tahun. Bagi kadar 5.0%, bayaran bulanan RM965. Bagi kadar 4.3%, bayaran bulanan RM880. Beza sebanyak RM85. Buat apa kita bayar lebih untuk dapatkan benda yang sama. 

Nilai serahan prinsipal (jika terminate sijil) selepas 5 tahun:

- Baki hutang bagi kadar 5.0% sekitar RM191,000. Maka 200,000 - 191,000 = RM9,000✔️

- Baki hutang bagi kadar 4.3% sekitar RM189,500. Maka 200,000 - 189,500 = RM10,500✔️.

Sudah tentu pelabur bijak memilih bayaran yang lebih murah dan mempunyai pulangan prinsipal yang tinggi. 

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) yang dinyatakan diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^